ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu Axia ‘lalok dadah’ rempuh tujuh kenderaan

Tular

Views

Gara-gara memandu dalam keadaan khayal di bawah pengaruh dadah, seorang lelaki gagal mengawal kereta Perodua Axia dipandunya lalu menyebabkan kemalangan melibatkan tujuh kenderaan lain di Jambatan Kuala Ibai di Kuala Terengganu, semalam.

Menurut K! ONLINE, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, ujian air kencing terhadap lelaki dan rakan lelakinya yang turut berada di dalam kereta itu sewaktu kemalangan mengesahkan mereka positif dadah jenis methamphetamine.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Jelas beliau, kedua-dua lelaki yang berusia 30-an ditahan polis sebaik berlaku kemalangan di lokasi kejadian pada pukul 6.15 petang. Mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut dan menjalani ujian air kencing.

Terdahulu tular video kedua-dua lelaki terbabit yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk ditahan polis tidak lama selepas menyebabkan kemalangan yang menyebabkan kegemparan dalam kalangan penduduk setempat terbabit.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati salah seorang suspek yang memandu kereta Perodua Axia berwarna merah itu gagal membrek sehingga melanggar kenderaan-kenderaan di hadapannya sewaktu melalui di Jambatan Kuala Ibai.

Jelas beliau, sewaktu kejadian, kesemua tujuh kenderaan terlibat sedang berhenti menunggu lampu isyarat merah di sebuah persimpangan selepas Jambatan Kuala Ibai. Kesemua mangsa telah membuat laporan polis masing-masing berhubung kemalangan itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply