ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma Proton sempena Hari Raya kembali lagi

Views

Sempena dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri dan musim cuti tidak lama lagi, Proton mempelawa pelanggannya untuk ke mana-mana pusat servis yang berhampiran untuk menikmati pemeriksaan keselamatan 20 mata secara percuma. Selain itu,kempen ini turut dijalankan di beberapa Stesen Petronas terpilih dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad (PDB) sebagai sebahagian daripada Kempen Petronas Coffee Break.

Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) juga kini bekerjasama dengan untuk Proton membuka stesen mudah alih di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Pemeriksaan keselamatan mudah alih percuma di LDP akan diadakan di Hentian Sebelah Petaling Jaya dari Puchong ke arah Sunway, dari 20 – 22 Jun 2017, dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Khemah bagi pemeriksaan mudah alih Petronas juga akan ditempatkan di lima stesen Petronas yang terletak di Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan, dari 21-23 Jun 2017, dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Berikut adalah senarai lokasi mudah alih bagi pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma:

20 – 22 Jun 2017, 10 pagi – 5 petang

Pusat Bandar

  • Hentian Sebelah LDP Highway, Bandar Sunway, Petaling Jaya (sempadan Sunway)

21 – 23 Jun 2017, 10 pagi – 5 petang

Arah Utara

  • Stesen PETRONAS Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah

Arah Selatan

  • Stesen PETRONAS Seremban, Negeri Sembilan

Arah Pantai Timur

  • Stesen PETRONAS Jerteh, Terengganu
  • PETRONAS R & R Gambang (Sempadan Timur), Pahang
  • Stesen PETRONAS Gua Musang, Kelantan

Pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma ini termasuk pemeriksaan ke atas bunga dan tekanan tayar, sistem brek, operasi pedal pada brek dan klac, suspensi, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, semua suis dan paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, stereng, bahan pendingin dan pencuci bilah. Pemilik Proton juga akan membawa pulang buah tangan sebagai penghargaan di atas sokongan mereka.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian Khidmat Pelanggan Proton di 1800 888 398 atau emel kepada [email protected], melayari laman sesawang www.proton.com atau laman Facebook rasmi Proton di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Aplikasi mudah alih rasmi MyProton juga boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apple App Store.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply