ARKIB

KATEGORI

Buletin

Naza Kia Malaysia mulakan pencarian rakan Fuleco!

Views

Fuleco 2014 pix

Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd. menghangatkan demam Piala Dunia dengan memulakan pencarian Rakan Fuleco yang merupakan maskot rasmi edisi kali ini di Brazil. Seorang kanak-kanak yang bertuah bakal dipilih untuk mengiringi Fuleco ke padang semasa perlawanan separuh akhir nanti.

Ini merupakan peluang sekali seumur hidup untuk kanak-kanak Malaysia yang berumur antara 8-12 tahun yang akan ditemani ibubapa masing-masing semasa acara yang berlangsung di Piazza e-Curve, Mutiara Damansara pada on 26hb April, jam 3 petang.

Hanya satu pasangan pemenang kanak-kanak dan ibubapa diumumkan semasa perantandingan dan pemenang akan mendapat hadiah percutian ke Brazil termasuklah tiket penerbangan, penginapan, bersiar-siar mengelilingi bandar dan tiket untuk perlawanan separuh akhir yang ditaja sepenuhnya. Yang paling menarik, kanak-kanak tersebut berpeluang untuk mengiringi Fuleco ke padang dalam temasya sukan terbesar tahun ini!

“Pencarian Rakan Fuleco merupakan peluang sangat bermakna untuk kanak-kanak menjadi sebahagian daripada Piala Dunia dan kami berharap ia bakal memberi inspirasi  lebih ramai kanak-kanak untuk mengimpikan perkara yang selama ini dianggap mustahil. ” kata Datuk Hafiz Syed Abu Bakar, Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia.

Mereka yang berminat boleh mendaftar secara online di laman Facebook Kia Malaysia App di www.fulecofriendsearch.com mulai sekarang sehingga 25hb April dan datang ke e-Curve, Mutiara Damansara pada 26hb untuk menyertai pertandingan. Sempena kerjasama Kia Motors dengan Piala Dunia 2014, Naza Kia Malaysia juga turut melancarkan kempen payung yang dinamakan World Cup Rocks with Kia pada awal tahun ini.

* Tak sabar nak menonton aksi Piala Dunia Brazil kali ini, pasukan mana yang anda sokong dan bakal menjadi Juara kali ini? Saya pilih Sepanyol dan Brazil ke perlawanan akhir, hehehe… 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply