ARKIB

KATEGORI

Buletin

Neta X dilancarkan – Tiga varian, harga dari RM119,888

Berita Tempatan

Views

Anak syarikat GoAuto Group Sdn Bhd., Intro Synergy Sdn Bhd secara rasminya telah melancarkan model SUV elektrik, Neta X ke pasaran Malaysia semalam.

Neta X telah membuat penampilan umum pertama semasa Malaysia Autoshow 2024 pada bulan Mei lalu. Pesaing kepada BYD ATTO 3, itu ditawakan dalam tiga pilihan varian.

Berikut adalah senarai varian dan harga jualan Neta X:

  • Neta X 400 Comfort: RM119,888
  • Neta X 400 Luxury: RM127,888
  • Neta X 500 Luxury: RM135,888

Model ini ditawarkan dengan lima pilihan warna luaran iaitu Pearl White, Sky Grey, Jet Black, Glacier Blue, dan Amber Brown. Untuk kemasan dalaman pula, pelanggan boleh memilih rona warna hitam ataupun coklat.

Spesifikasi ringkas Neta X:

  • Ukuran dimensi Neta X adalah 4,619 mm panjang, 1,860 mm lebar dan 1,628 mm tinggi dengan jarak tapak roda 2,770 mm. Jarak lega tanahnya ialah 156 mm.
  • Ia menggunakan bateri yang dibekalkan oleh CATL jenis litium besi fosfat (LFP) dengan dua pilihan kapasiti – 51.8kWj dan 62 kWj.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

  • Jarak pandu 401 km untuk bateri 51.8kWj, manakala bateri 62 kWj pula menawarkan jarak pandu 480 km (NEDC).
  • Baterinya boleh dicas menggunakan pengecasan pantas DC sehingga 65 kW dengan tempoh pengecasan selama 30 minit (takat bateri 30 peratus hingga 80 peratus).
  • Bagi pengecasan AC, ia menampung sehingga 6.6 kW dan mengambil masa sembilan jam pengecasan untuk unit 51.8 kWj dan 11 jam untuk unit 62 kWj.
  • SUV ini juga dilengkapi dengan fungsi V2L 3.3kW.
  • Kesemua varian Neta X dilengkapi motor tunggal pacuan roda hadapan (FWD) yang menghasilkan output maksimum 160 kuasa kuda dan 210 Nm daya kilas.
  • Neta X mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 9.5 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 150 km/j.
  • Tiga mod pemanduan – Eco, Comfort dan Sport, termasuk pemanduan injak-tunggal.

Neta X dilengkapi dengan lampu LED, bumbung suria panoramik, rak para bumbung, cermin sisi kuasa, rim bersaiz 18-inci, unit inforia 15.6-inci, bantuan suara Neta Ai, sambungan Apple CarPlay (suku keempat 2024), Bluetooth, dan sistem audio dengan lapan unit pembesar suara.

Dari segi keselamatan, Neta X dilengkapi dengan ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Elektronik, Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, Kawalan Menurun, Sistem Pemantau Tekanan Tayar, Radar Parkir Belakang dan lain-lain.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) untuk varian 400 Luxury dan 500 Luxury yang merangkumi:

  • Kawalan Jelajah Adaptif Kelajuan Penuh (ACC)
  • Bantuan Jelajah Pintar (ICA)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Amaran Terkeluar Lorong (LDW)
  • Bantuan Menukar Lorong dengan BSD
  • Amaran Pembukaan Pintu (DOW)
  • Amaran Lintasan Belakang (RCTA)
  • Pengecaman Papan Tanda Trafik (TSR)
  • Bantuan Suluhan Lampu Tinggi (HBA)
  • Sistem Kekal Lorong Kecemasan (ELKS)

Neta X didatangkan dengan jaminan standard selama lima-tahun atau 100,000 km untuk kereta dan lapan-tahun atau 180,000 km untuk bateri.

Pelanggan yang membuat tempahan dari 25 hingga 31 Julai 2024 pula akan menerima dua kali ganda nilai deposit tempahan mereka, pengecas lekap dinding (wallbox) atau kredit pengecasan ChargEV 2,500 kWj termasuk pakej penyelenggaraan selama dua-tahun atau 40,000 km secara percuma.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Neta Auto Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply