Perodua mendaftarkan 6,988 kenderaan pada bulan Ogos berbanding hanya 655 unit pada Julai. Kenaikan ini adalah disebabkan daripada peningkatan pengeluaran dan pembukaan pusat jualan secara berperingkat sejak 16 Ogos lalu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya menjangkakan jumlah pengeluaran dan pendaftaran akan meningkat berkali ganda pada bulan September apabila keadaan kembali normal.
Semua operasi Perodua dihentikan berikutan penutupan di seluruh negara yang diperkenalkan pada 1 Jun 2021 untuk mengawal penularan COVID-19.
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
Setakat tahun ini, Perodua telah mendaftarkan 104,933 kenderaan, menurun sebanyak 12.5 peratus berbanding 119,977 kenderaan yang dijual antara Januari dan Ogos tahun lalu.
Tambah Datuk Zainal, pihaknya sedang berusaha untuk mengecilkan jurang ini dengan meningkatkan lagi pengeluaran kenderaan dan juga menambahbaik prosedur operasi bagi memastikan keselamatan para kakitangan dan juga pelanggan.
Berdasarkan faktor waktu dan sumber yang sedia ada, Perodua terpaksa menurunkan sasaran jualan sebanyak 10.8 peratus kepada 214,000 kenderaan tahun berbanding sasaran 240,000 unit yang diumumkan sebelum ini.
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
Keutamaan Perodua kini adalah memastikan industri automotif dapat terus beroperasi dan bertahan tahun ini. Antara ancaman kepada sektor pengeluaran domestik dan antarabangsa termasuklah peningkatan kes COVID-19 dan juga kekurangan bekalan semikonduktor.
Mengenai kekurangan cip semikonduktor, Datuk Zainal berkata bahawa Perodua masih memperolehi bekalan yang cukup untuk memastikan pengeluaran berjalan lancar tahun ini dan sebahagian besar tempahan Perodua yang tertunggak akan dapat dipenuhi dalam tahun ini.
Kata beliau lagi, buat masa ini, bekalan cip semikonduktor masih menjadi isu global dan pihaknya sedang bekerjasama dengan rakan kongsi dan para pembekal untuk menghadkan sebarang gangguan yang timbul.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
KOMEN TERKINI