Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mempersembahkan pameran yang benar-benar menarik perhatian di tapak pameran Nissan pada Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS’13) yang berlangsung dari 15 hingga 24 November 2013 di Putra World Trade Centre (PWTC) di Kuala Lumpur.
Berkonsepkan ‘Innovation that Excites’ (Inovasi yang Mengujakan) yang mendasari strategi automotif ETCM di Malaysia, ia mempamerkan portfolio Nissan mereka yang termasuk sedan, MPV, 4×4 serta kereta kompak. Kesemua kenderaan ini selari dengan tema KLIMS’13 iaitu “Efficiency in Motion”.
Sebanyak tujuh model kereta dipamerkan termasuklah Nissan GRAND LIVINA baharu, Nissan NAVARA yang lengkap dengan peralatan off-road, model paling laris Nissan ALMERA, MPV hibrid pertama Nissan SERENA S-Hybrid dan model pertama diperkenalkan di Malaysia, Nissan NOTE yang mendahului kelasnya dari segi ruang kabin.
KLIMS’13 turut menyaksikan ETCM melancarkan secara rasmi kereta 100 peratus elektrik, Nissan LEAF yang telah lama ditunggu-tunggu dan menjadi model EV sifar emisi terlaris di peringkat global. Di samping pengenalan Nissan Almera Nismo Performance Package
Turut dipamerkan ialah sebuah Nissan ALMERA yang dibalut oleh hasil seni rekaan pemenang utama peraduan ‘Pimp My Almera’ yang muda dan segar. Pelbagai acara menarik telah dirancang sepanjang pameran ini untuk pengunjung dari semua peringkat umur bagi membolehkan mereka mengetahui dengan lebih lanjut mengenai teknologi hijau Nissan dan melihat model-model ini secara dekat. Pameran Nissan berada di Dewan Tun Razak 1, gerai nombor 1B03 di KLIMS’13.
Nissan LEAF
Nissan LEAF 100% Elektrik adalah ekonomikal untuk digunakan, 75 peratus lebih murah berbanding kos bahan api kenderaan yang dijana oleh enjin petrol (berdasarkan kepada kadar elektrik di Malaysia) sekarang. Penyelenggaraannya juga murah, penjimatan sebanyak 80 peratus dalam tempoh lima tahun jika dibandingkan dengan kenderaan konvensional. Dalam keadaan caj penuh, Nissan LEAF 100% Elektrik mempunyai jarak jangkaan sejauh 195 kilometer, berdasarkan kepada Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).
Aspek keselamatan adalah dijamin dalam Nissan LEAF 100% Elektrik kerana ia dilengkapi enam beg udara, selain Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Brake Assist (BA), Hill Start Assist (HSA) dan Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC). Ia juga menawarkan tahap perlindungan yang tinggi, terima kasih kepada binaan Zon Tubuh Nissan yang mengekalkan kekukuhan kompartmen penumpang dan mengurangkan kecederaan pejalan kaki. Mendapat rating tinggi dalam ujian pelanggaran, Nissan LEAF 100% Elektrik telah menerima penarafan lima bintang oleh Euro NCAP.
Nissan LEAF 100% Elektrik hadir dalam 5 pilihan warna – putih (Pearl White), biru (Blue Ocean), perak (Brilliant Silver), metalik (Metallic Slate) dan hitam (Super Black). Ia ditawarkan pada harga RM168,800.00 di atas jalan.
Stesen-stesen Pengecasan EV
Negeri | Kawasan Awam | ETCM Showroom & TCEAS |
Lembah Klang | Suria KLCC | TC Euro Cars, Petaling Jaya |
Lot 10 Shopping Mall | Bilik pameran ETCM Raja Laut | |
Bangsar Shopping Centre | Bilik pameran ETCM PJ | |
Petronas Solaris Station, Seri Kembangan | TCEAS Kota Damansara | |
TCEAS Setapak | ||
Pulau Pinang | Straits Quay | TCEAS Bayan Lepas |
Autobinee Greenlane | ||
Melaka | Hatten Hotel | |
Seri Negeri (Pejabat Kerajaan) | ||
Johor Bahru | Bilik pameran ETCM Johor Jaya | |
JUMLAH | 15 |
Nissan ALMERA NISMO Performance Package
Nissan ALMERA NISMO Performance Package disasarkan untuk pelanggan yang mahukan ubah suai berkualiti tinggi bagi meningkatkan lagi kenderaan mereka. Ia menampilkan reka bentuk dinamik dan direka khas untuk Nissan ALMERA bersama karekteristik pengendalian yang telah dipertingkatkan dan kelincahan yang mengagumkan.
Dipengaruhi oleh kepakaran NISMO dalam sukan bermotor, satu aerokit baharu telah dihasilkan yang menambah keupayaan aerodynamik. Aerokit ini dihasilkan dengan kemahiran seni halus untuk menampilkan kreativiti NISMO. Rim aloi NISMO unik bersaiz 16 inci dibalut dengan tayar Continental dan dipadankan bersama Sistem Suspensi Prestasi NISMO yang meningkatkan aspek cengkaman serta menyerlahkan penampilannya di atas jalan. Kelengkapan NISMO disempurnakan lagi dengan Peredam Ekzos Sport (Sports Exhaust Muffler) NISMO.
Penambahbaikkan Nissan ALMERA didatangkan dalam dua pakej, NISMO Performance Package dan NISMO Aero Package. Ia ditawarkan untuk semua varian Nissan ALMERA yang hadir dalam empat warna iaitu putih (Brilliant White), hitam (Diamond Black), perak (Tungsten Silver) dan emas (Bronze Gold).
NISMO Performance Package terdiri daripada 5 bahagian Aerokit termasuklah spoiler bampar hadapan dan belakang, skirt sisi serta trunk lid spoiler, di samping satu set 4 rim aloi NISMO bersaiz 16 inci yang dibalut dengan tayar Continental dan Sistem Suspensi Prestasi NISMO. Sementara NISMO Aero Package pula hanya meliputi alat ganti Aero dan satu set 4 rim aloi NISMO bersaiz 16 inci dengan tayar Continental.
Alat ganti Nissan Almera NISMO Performance Package dijual pada harga RM13,000 manakala Nissan Almera NISMO Aero Package pula pada harga RM8,000
Pakej Nissan Almera NISMO
NISMO Performance Package(RM13,000) | NISMO Aero Package(RM8,000) | Harga Alat Ganti Berasingan |
Aerokit (termasuk Spoiler Bampar Hadapan, Spoiler Bampar Belakang, Skirt Sisi dan Trunk Lid Spoiler) | Aerokit (termasuk Spoiler Bampar Hadapan, Spoiler Bampar Belakang, Skirt Sisi dan Trunk Lid Spoiler) | RM3,600 |
Rim Aloi NISMO bersaiz 16 inci (Satu set: 4) | Rim Aloi NISMO bersaiz 16 inci (Satu set: 4) | RM2,800 setiap set |
Tayar Continental Max Contact MC5 (Satu set: 4) | Tayar Continental Max Contact MC5 (Satu set: 4) | RM1,600 setiap set |
Peredam Ekzos Sport NISMO | RM 2,000 | |
Sistem Suspensi Prestasi NISMO | RM 3,000 |
* Aerokit ditawarkan sebagai pakej
nape rege Leaf tu cm mahal sgt?
nissan note tu macam menarik je. agak2 bila nak launch n berapa expected price ye? sebab skrg ni mmg tgh nak carik kete. tapi x tau nak beli kete ape.
“Nissan ALMERA NISMO Performance Package”
buruk mcam beruk! hahaha