Hanya seminggu selepas pelancaran Proton Suprima S, di Jakarta, PROTON Holdings Berhad (PROTON), kini melancarkan model hatchback terbarunya di Australia. Proton Suprima S diperkenalkan di Sydney oleh Ketua Pegawai Operasi (Komersil), En Hisham Othman dan Ms Kaye Aimes, Ketua Pegawai Operasi PROTON Cars Australia.
Ditawarkan dalam dua varian – GX dan GXR, Suprima S dijana oleh enjin 1.6 liter, DOHC, 16-injap, Campro, Charged Fuel Efficiency (CFE) yang mampu menjana 103kW @ 5,000 rpm dan 205Nm @ 2,000-4,000 rpm.Ia dipadankan dengan transmisi tujuh-kelajuan Protronic CVT dengan paddle shifter dan disusuli dengan transmisi enam-kelajuan manual tahun hadapan.
Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti Electronic Stability Control (ESC) dengan brake assist, Traction control, ABS dengan EBD, Active Headrests, seat belt pre-tensioners, pengunci pintu secara automatik, sensor hadapan dan belakang, kamera undur selain Active Hazard Lights yang dihidupkan secara automatik semasa perlanggaran atau semasa membrek secara mengejut pada kelajuan melebihi 90km/h.
Proton Suprima S akan mula dijual di Australia mulai 1 Disember 2013 dengan harga AUD21,790 Drive Away (GX CVT) dan AUD26,590 Drive Away (GXR CVT). Lima warna ditawarkan iaitu Atlantic Blue, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Tranquillity Black.
Pakej Suprima S GX dan GXR termasuklah:
5 tahun jaminan atau 75,000km termasuk Percuma Servis Berjadual
5 tahun jaminan atau 150,000km
5 tahun jaminan atau 150,000km termasuk Percuma 24-jam bantuan jalanan
7 tahun jaminan anti-karat
macam beli kereta sekali plan warranty je .. kalau betul kenapa tak pernah ada dealer dan bank buat deal macam ni.. leh pilih nak warranty/service .. tak yah pening kepala untuk 3-5 tahun at least .. hehehe
canti nama MyDear..*peace*
Syabas Proton, semoga berjaya di bumi kangaroo tu.. hrp Aussie bg smbutan tinggi!
sy ade bace kat website aussie yg preve sampai akhir october terjual 222 unit..xtau btul or tak…..dan versi manual SS tahun depan proton australia da siap bg harga
http://www.goauto.com.au/mellor/mellor.nsf/story2/30797DAE734B00CECA257C230081BB58
“Dr Badrul remained tight-lipped when pressed to detail Proton’s wider future product plans, but he did confirm the Suprima S would get a beefier 2.0-litre turbocharged engine in the first quarter of 2015.”
baca kat goauto.com.au
Apakah perbezaan antara GX dan GXR?
Mmm… bezanya? yg satu ada R yg satu lagi xde R 🙂 hehe..gurau. Ada sapa2 yg tau. Nk tau gak!:)
Cheers!
mcm malaysia, Gx yg tak ada HA, GXR tu ada.
executive and premium
kita tunggu review daripada wartawan auto sana. dorang ni skeptical dgn proton. kalau proton boleh offer pakej macam ni di Malaysia, mungkin boleh menarik lebih ramai pelanggan.
byk yg komen negative kat auto website aussie pasal proton kebykan yer org malaysia gak…cth caradvice
Varian baharu Proton Satria Neo CPS lebih murah..
http://www.permotoran.com/2013/11/16/proton-lancar-satria-neo-1-6-mt-standard-baharu-enjin-cps-harga-di-bawah-rm51k/
Terbaek!!!
50k + 9k(sprintex supercharger)
satria neo cps supercharged for 59k
TAHNIAH PROTON
active hazard light cam keta accord
tu BCM dlm proton exora lgi.
Kan best kalau beli kereta ni boleh tukar beli macam tu je. Ni dah pakai kereta masuk 5 tahun pun masih kena topup pada bank kalau nak trade in…
kalau boleh buat macam tu, dgn bayaran bulanan yang sama, tapi boleh rasa kereta baru.
sebab tu kebanyakana org pakai 2 tahun dah trade in kereta lain. Pasal nh.
tulah..tp kebanyakan org skrg buat 7-9 tahun. dah jarang jumpa org beli kereta baru buat loan 5 tahun mcm tahun2 80an-90an dulu.
Tu pun salah satu sebab kenapa org jarang nak tukar kereta proton baru, kalau kereta proton mereka masih baik dan berbaki 4-5 tahun lagi pinjamannya.