ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Adakah ini Suprima S varian Standard?

Views

proton-suprima-s-standard-spied-3

Foto risikan terbaharu yang berkemungkinan Suprima S varian Standard telah dimuatnaik di laman web paultan.org sebentar tadi. Foto tersebut berjaya dirakam oleh Asraf Hadzwan berdekatan simpang keluar Pedas Linggi di Lebuhraya PLUS. Sebuah Suprima S yang ditampal dengan pelekat penyamaran di bahagian depan dan belakang menggunakan rim cap sedang diangkut menggunakan sebuah lori menuju ke destinasi yang tidak diketahui.

Sebentar tadi saya juga mendapat beberapa maklumat terbaharu mengenai Suprima S varian Standard yang bakal dilancarkan pada hujung minggu ini. Menurut maklumat tersebut, Suprima S varian Standard tiada beberapa aksesori seperti penutup enjin, lampu kabus, kotak utiliti, sistem navigasi, butang audio dan tingkap kuasa anti-perangkap.

Beberapa ciri keselamatan turut dikurangkan seperti ketiadaan ESC, TCS dan hanya dilengkapi dengan 2 beg udara. Lampu posisi hanya menggunakan mentol biasa (bukan LED) dan berkemunginan tiada rim aloi (hanya menggunakan penutup rim). Setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai harga bagi Suprima S varian Standard. Kita tunggu kemuculannya tidak lama lagi!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

27 Comments

Leave a Reply