ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nombor plat ‘GOLD 1’ milik Sultan Ibrahim – Harga RM1.5 juta, nilai bidaan tertinggi setakat ini

Berita Tempatan

Views

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim melakar sejarah baharu apabila muncul sebagai pembida nombor pendaftaran kenderaan tertinggi di negara ini.

Ia dicatat menerusi kejayaan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan ‘GOLD 1‘ dengan nilai RM1.5 juta, seperti dimaklumkan dalam muat naik di laman Instagram Officialsultanibrahim, hari ini.

Nilai bidaan berkenaan akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan. Terdahulu, baginda juga berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook di Istana Negara, dekat Kuala Lumpur.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pada pertemuan itu, Siew Fook turut mempersembahkan simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Sultan Ibrahim.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini, dilapor membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) iaitu siri ‘GOLD’ sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50.

Bidaan itu dibuka melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) mulai 1 Februari lalu, sehingga jam 10 malam 5 Februari ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

NPI yang dimaksudkan ialah tanda indeks mempunyai prefix siri GOLD, melambangkan sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50.

Harga bidaan menerusi JPJeBid adalah mengikut kadar minimum ditetapkan, iaitu bermula daripada RM20,000 bagi nombor bernilai utama, nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800), dan nombor biasa (RM300).

JPJ menerusi bidaan nombor pendaftaran FF sebelum ini berhasil mendapat pulangan hampir RM35 juta. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply