ARKIB

KATEGORI

Buletin

Acara Beyond Zero pamer kepelbagaian teknologi elektrifikasi Toyota

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memperkenalkan inisiatif Beyond Zero, yang selaras dengan matlamat global Toyota ke arah Neutraliti Karbon menjelang 2050.

Acara yang dirasmikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz bermula pada hari ini sehingga 28 Februari di Taman Teknologi Malaysia.

Menurut beliau, usaha inovatif Toyota dalam tenaga bersih, menerusi pendekatannya yang pelbagai, sememangnya selari dengan matlamat negara kita.

Wawasan ini melangkaui konsep automotif konvensional, membayangkan sebuah masyarakat di mana setiap individu mengejar kebahagiaan dengan membuat pilihan yang selari dengan nilai dan gaya hidup mereka.

Bagi Presiden UMWT, Datuk Ravindran K., pihaknya menyedari keunikan landskap industri automotif Malaysia, serta kedudukannya sebagai hab pengeluaran elektrik dan elektronik utama di Asia Tenggara.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Acara Beyond Zero dilancarkan secara simbolik bagi mempamerkan pendekatannya yang pelbagai dengan berbagai-bagai teknologi elektrifikasi, termasuk Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV), Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) dan Kenderaan Elektrik Sel Bahan Api (FCEV).

Kenderaan elektrifikasi ini mempamerkan kemampanan automatif terkini, yang menampilkan elemen reka bentuk dan teknologi termaju bertujuan untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

UMWT telah berjaya menjual 41,600 HEV sejak tahun 2009 yang dapat diterjemahkan kepada kesan penyahkarbonan yang membanggakan, iaitu penyerapan kira-kira 150,000 tan CO2 bersamaan dengan 500,000 pokok.

Selain HEV, UMWT buat pertama kalinya turut memperkenalkan, BEV dan FCEV, antaranya model bZ4X, Hilux BEV dan C+pod yang merupkan mobiliti yang direka khusus bagi meningkatkan kadar kecekapan tenaga setiap individu dalam persekitaran bandar.

Bagi model FCEV pula, UMWT telah memperkenalkan model Toyota Mirai FCEV, GranAce FCEV dan Hilux FCEV.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kenderaan yang dikuasakan oleh hidrogen ini menggabungkan inovasi teknologi dengan reka bentuk anggun dan prestasi dinamik, menggunakan teknologi Sel Bahan Api untuk menjana elektrik daripada hidrogen dan oksigen.

Satu lagi inovasi yang mendapat perhatian ialah bas SORA. Diambil daripada singkatan untuk Sky, Ocean, River and Air (Langit, Laut, Sungai dan Udara), SORA adalah sebuah bas yang dikuasakan oleh sel bahan api hidrogen.

Ia menampilkan keupayaan untuk menyumbang kepada masa depan automotif yang lebih bersih dan mampan, termasuk untuk tujuan komersial di mana gas hidrogen yang disimpan di dalam tangki hidrogen bertindak balas dengan oksigen dan menjana tenaga elektrik yang memberi kuasa kepada motor elektrik, dan hanya mengeluarkan air sebagai kesan daripada tindak balas tersebut.

Selama lebih 30 tahun, Toyota telah banyak melabur dalam teknologi sel bahan apinya yang terkemuka di dunia.

Acara Beyond Zero turut dibuka kepada pelbagai tetamu untuk mempelajari tentang inisiatif kemampanan dan teknologi baharu, dan memandu uji kenderaan tertentu dari 20 hingga 28 Februari 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply