ARKIB

KATEGORI

Buletin

Op Samseng Jalanan dan Op Motosikal – 18 ditahan, 22 motosikal disita

Berita Tempatan

Views

Polis menahan 18 individu atas pelbagai kesalahan dan menyita 22 motosikal dalam Operasi (Op) Samseng Jalanan dan Op Motosikal di beberapa lokasi sekitar ibu kota, malam tadi.

Menurut Berita Harian, operasi bermula jam 9 malam itu dijalankan di sekitar pusat bandar, Jalan Tun Razak , Jalan Pahang, Jalan Raja Laut, Jalan Bangsar dan Lebuhraya DUKE oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata dalam Op Motosikal di Jalan Pahang, dua lelaki berusia lingkungan 30-an dan 40-an ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Katanya, sejumlah dadah seberat 1.7 gram ditemui pada mereka dan tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.

Kedua-duanya akan dituduh mengikut Seksyen 12(2)(e) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan di bawah 15(1)(a) akta sama kerana positif dadah.

Sementara itu, katanya seramai 11 lelaki berusia antara 23 hingga 66 tahun turut ditahan kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dan kes disiasat mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pihaknya turut menahan lima lelaki yang menunggang secara berbahaya dengan melakukan aksi ‘zig-zag’, ‘superman’, roket serta bersaing sesama sendiri dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya DUKE dan Jalan Bangsar.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Kesemua tangkapan berusia 14 hingga 21 tahun dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Operasi yang berakhir jam 4 pagi itu dijayakan 49 pegawai dan anggota.

Dalam pada itu, sebanyak 571 jumlah saman dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan dan 22 buah motosikal disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengubah suai ekzos.

Motosikal yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta diarahkan mengubah ke struktur asal.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JSPT KL

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply