ARKIB

KATEGORI

Buletin

Op Samseng Jalanan – Kanak-kanak antara 74 individu yang ditahan

Berita Tempatan

Views

Seramai 74 individu berusia 10 hingga 28 tahun ditahan dalam Op Samseng Jalanan di dua lokasi berasingan di bandar Kuantan selama sembilan jam berakhir 10 malam tadi.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf, berkata operasi dilakukan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bersama Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Menurutnya, mereka yang ditahan termasuk 13 wanita kerana melakukan pelbagai kesalahan jalan raya termasuk mengubah suai motosikal.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Katanya, dalam operasi kali ini pihaknya menahan 50 motosikal yang diubah suai seperti menggunakan tayar kecil, tiada nombor pendaftaran dan sebagainya.

Tambahnya, daripada jumlah itu, sebanyak 20 motosikal disita kerana tidak memenuhi spesifikasi selain turut mengeluarkan sebanyak 117 saman.

Antara kesalahan terbanyak direkodkan adalah tidak memakai topi keledar iaitu sebanyak 46 kes, tidak memiliki lesen (21 kes) dan ubah suai nombor pendaftaran kenderaan (14 kes).

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Selain itu tiga kes direkodkan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.

Beliau berkata, pihaknya akan melakukan operasi seumpama itu secara berterusan pada masa akan datang secara bersama agensi lain terutama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membendung kegiatan modifikasi kenderaan.

Ramli berkata, ibu bapa dinasihatkan supaya memastikan anak mereka tidak mengubah suai kenderaan hingga boleh mengundang bahaya bukan sahaja kepada mereka tetapi juga pengguna jalan raya lain.

Selain itu, katanya lagi ibu bapa juga perlu memantau aktiviti anak terutama pada waktu malam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply