ARKIB

KATEGORI

Buletin

Op Samseng Jalanan – Lekaki bisu antara 3 ditahan buat aksi ‘Superman’

Berita Tempatan

Views

Polis menahan tiga penunggang motosikal termasuk seorang lelaki kurang upaya (OKU) kategori bisu kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan membuat aksi ala ‘Superman’ di daerah Kuala Terengganu.

Menurut Berita Harian, lelaki OKU berusia 21 tahun ditahan di kawasan Jambatan Sultan Mahmud manakala dua lagi lelaki berusia 20 dan 21 tahun ditahan di Kampung Paloh, Durian Burung dalam Op Samseng Jalanan selama dua hari bermula semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu Superintendan Abd Razak Hasan, berkata operasi di sekitar daerah Kuala Terengganu dilakukan Skuad 42 dalam usaha membanteras aktiviti mat rempit di negeri ini.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kata beliau, dalam operasi pertama di Kampung Paloh, Durian Burung, polis menahan dua penunggang motosikal yang didapati melakukan aksi berbahaya iaitu ‘superman’ kira-kira jam 3.30 pagi semalam (Selasa).

Operasi seterusnya dilakukan di kawasan Jambatan Sultan Mahmud, kira-kira jam 2 pagi tadi yang membawa kepada penahanan penunggang OKU yang melakukan aksi berbahaya.

Tambah beliau, pihaknya melakukan operasi di kawasan berkenaan susulan aduan daripada penduduk yang terganggu dengan bunyi bising enjin motosikal yang dipercayai berkumpul di kawasan berkenaan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Abd Razak berkata, mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan1987 dan sebuah motosikal disita mengikut Seksyen 64 akta sama.

Kata Abd Razak, pihaknya masih berperang dengan COVID-19 namun kehadiran mereka ini yang keluar tanpa alasan kukuh seolah-olah tidak mengendahkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan.

Tambah beliau lagi, pihaknya berharap ibu bapa atau penjaga agar dapat memantau pergerakan anak-anak masing-masing supaya tidak terjebak dalam kegiatan tidak sihat ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply