ARKIB

KATEGORI

Tular

Pakai ‘gelang pink’ di stesen minyak – Polis kenal pasti lelaki dalam video tular

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, polis sudah mengenal pasti lelaki memakai gelang merah jambu dipercayai dalam tempoh kuarantin yang berada di stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang seperti tular di media sosial sejak semalam.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pada 7.24 malam tadi, pihaknya mendapati video berkaitan berdurasi 64 saat di media sosial. Jelas beliau, video itu menunjukkan insiden tegur-menegur antara seorang petugas kesihatan wanita dengan seorang lelaki yang dilihat memakai gelang berwarna merah jambu disyaki masih dalam kuarantin.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Tambahnya, hasil semakan mendapati kejadian dipercayai berlaku di pam minyak di Persiaran Batu Nilam, Bukit Tinggi Klang. Shamsul Amar berkata, tangkapan akan dilakukan selepas mendapat pengesahan suspek bebas COVID-19 daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang.

Katanya lagi, suspek adalah lelaki tempatan yang berumur 30 tahun. Dalam rakaman video yang tersebar itu, lelaki terbabit ditegur kerana keluar dari kuarantin malah menyebabkan orang ramai takut untuk menghampiri stesen minyak terbabit apabila melihat gelang merah jambu dipakainya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply