Dalam artikel terdahulu, kami pernah bercerita tentang dua model baharu Proton yang diramalkan bakal muncul selepas X50, iaitu model pengganti Exora dan Saga generasi baharu. Sebenarnya kami meramalkan ada satu lagi model yang bakal mendapat pengganti iaitu Persona. Ini kerana ketiga-tiga model ini adalah rekaan sendiri dari Proton dan sudah tiba masanya untuk mereka digantikan dengan generasi baharu.
Tetapi sementara menantikan ketibaan model-model generasi baharu ini, Proton akan memperkenalkan model Persona, Iriz dan Saga MC2 terlebih dahulu dengan menampilkan beberapa pembaharuan. Ada ura-ura mengatakan yang Saga generasi baharu akan dibangunkan dari pelantar AMA dan dari pelantar yang sama juga akan lahir sebuah SUV/crossover mini.
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
Adakah ini bakal model X30? Buat masa ini kami langsung tiada maklumat mengenainya. Dikhabarkan model Saga generasi baharu mungkin akan dikuasakan oleh enjin 1.2 liter turbo. Selain Saga, model pengganti Persona juga sedang dirancang dan ia dikatakan akan dijana oleh enjin 1.0 liter turbo dan 1.5 liter turbo.
Kami juga tidak pasti pelantar mana yang akan menjadi asas model ini dan ada kemungkinan ia berkongsi pelantar yang sama dengan X50. Ini kerana, ada sebuah model sedan yang turut dibangunkan dari pelantar yang sama, iaitu Geely Bin Rui.
JOM BACA >> Proton X50 – Perincian ringkas mengikut varian
Bagi model Exora pula, desas-desus mengatakan, ia akan berada dalam segmen B+ dan mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding Geely Jia Ji. Dikhabarkan model pengganti Exora ini turut mendapat sentuhan dari beberapa studio reka bentuk di bawah kumpulan Geely, termasuklah di Shanghai dan Gothenburg, selain Proton|Design.
Model ini dikatakan akan mengitar semula beberapa komponen sedia ada serta kandungan komponen ‘rojak’ dari model-model lain di samping beberapa bahagian yang perlu dibangunkan semula. Pengganti Exora ini juga turut dibangunkan bagi memenuhi permintaan pasaran di China, yang mahukan MPV bersaiz lebih kecil.
Prototaip olok-olok model ini dikhabarkan telah mula dibangunkan dan mungkin bakal berkeliaran di jalan raya tidak lama lagi. Selain itu, Proton juga sedang mempersiapkan sebuah model gaya crossover yang dibangunkan dari model Iriz. Besar kemungkinan ia akan diperkenalkan bersama dengan model Persona dan Iriz MC2 pada tahun depan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Gambaran model pengganti Proton Exora (V70) rekaan Idiyaz Baharuddin
Proton Saga Merdeka Concept rekaan Mohd Kharuddin Shahrun
Geely Bin Rui
Foto kredit Ibrahim bin Ahmad
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
KOMEN TERKINI