Hari ini kami bersama rakan-rakan media yang lain ‘berkampung’ pula di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi sesi pratonton prestasi khusus untuk media, model SUV kedua Proton, X50. Seperti yang kita sedia maklum, tempahan model ini telah pun dibuka sejak 15 September lalu dan ada ura-ura mengatakan tempahan model ini telah mencecah 19,000 unit!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
Namun, ada satu perkara yang membuatkan X50 lain dari sepupu-sepapatnya, Geely Bin Yue dan juga Coolray, iaitu sentuhan talaan pemanduan dan pengendalian (ride and handling) dari jurutera tempatan Proton. Sudah semestinya dengan kewibawaan Proton dalam bab ini, menjadikan X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu.
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
Akhirnya pada hari ini Proton mendedahkan rahsia tersebut dan ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan X50 lebih sedap dipandu dan ia ditala khusus untuk kondisi jalan raya di Malaysia. Dua perkara telah dilakukan untuk mempertingkatkan keselesaan pemanduan dan pengalaman memandu:
- Konfigurasi gegelung spring dan peredam (damper) baharu
- Palang anti-oleng (anti roll bar) baharu
Dua perkara lagi telah dilakukan bagi memastikan prestasi stereng yang lebih jitu:
- Sistem stereng kuasa elektrik baharu
- 4 mod stereng
Nantikan maklumat lebih lanjut dari editor kami, Shamsul Yunos tidak lama lagi. Tunggu!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
KOMEN TERKINI