ARKIB

KATEGORI

Info

Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Info

Views

Kita sudah sedia maklum, bakal SUV kedua Proton, X50 akan dikuasakan oleh enjin 1.5L turbo tiga-silinder yang mempunyai perbezaan dari segi sistem suntikan bahan api. Hanya varian Flagship yang akan menerima menerima sistem pancitan terus (GDI), manakala Standard, Executive dan Premium akan mendapat sistem suntikan bahan api pelbagai titik (MPI).

Apa yang menarik model X50 adalah yang pertama menggunakan sistem MPI tersebut. Menurut pengarah strategi penjana kuasa Geely di China Euro Vehicle Technology (CEVT), Dr. Håkan Sandquist, pada 2010 Volvo dengan bantuan dari Geely membangunkan Volvo Engine Architecture (VEA), yang merupakan seni bina enjin modular untuk enjin tiga dan empat silinder terbaharu yang dibangunkan untuk menyokong sistem penjana kuasa elektrik bagi menepati piawaian Euro 7.

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

Ia dibangunkan di pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) di CEVT China Euro Vehicle Technology di Gothenburg, dan di Institut Penyelidikan Geely Research di China. Volvo dan Geely telah menguji dan mengesahkan bahawa enjin ini melangkaui standard industri. Enjin ini direka untuk tahan sehingga 15 tahun atau jarak perbatuan 350,000 km, jauh lebih tinggi daripada standard industri iaitu 10 tahun atau 200,000 km.

Enjin ini dihasilkan di kilang penjana kuasa di serata dunia yang mematuhi Piawaian Pembuatan Global Volvo. Ia turut berkongsi hampir 90 peratus pembekal global yang sama menerusi sistem sistem perolehan bersama global Geely. Enjin 1.5TD mempunyai tiga variasi iaitu, MPI, T-GDI dan Kitaran Miller.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

Menurut Dr. Håkan, mereka memilih untuk membangunkan enjin yang lebih kecil kerana ia lebih cekap dan mampu memberikan jumlah kuasa yang sama dengan enjin berkapasiti lebih besar jika digabungkan dengan teknologi moden seperti pengecas turbo. Saiz enjin yang kecil membolehkannya dipadankan dengan sistem hibrid, memberikan lebih kebebasan kepada pereka, enjin yang lebih ringan serta agihan berat yang seimbang sekaligus menjadikan prestasi pemanduan yang lebih baik.

Dr. Håkan berkata, mereka memilih dengan bilangan silinder ganjil kerana Volvo sudah mempunyai pengalaman untuk menghasilkannya seperti lima-silinder pada enjin T5. Tahap Kebisingan, Getaran dan Kekasaran (NVH) enjin ini pula dikatakan sama atau lebih baik daripada enjin silinder bilangan genap. Pengguna juga tidak perlu khuatir kerana teknologi enjin masa kini telah cukup matang, antaranya pengecas turbo inersia rendah dan pancitan terus (DI).

Penggunaan turbo inersia rendah mampu menghasilkan tindak balas yang tinggi serta mengurangkan lengah turbo (turbo-lag) dan pada masa yang sama ia membolehkan enjin ini tahan ketika dipandu pada kelajuan tinggi. Memandangkannya adalah seni bina enjin modular, enjin VEA direka untuk mudah dipadankan dengan sistem elektrifikasi seperti MHEV, REV, HEV, dan PHEV.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply