ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

Foto Intip

Views

Ini foto intip Persona MC2 paling dekat dan jelas pernah kita lihat kan? Beberapa foto kelibat sebuah unit ujian Persona MC2 yang sarat dengan ‘pelitup celoreng’ telah dimuat naik ke laman Facebook rakan media kami, Tekan Minyak petang tadi. Ia berjaya dikesan oleh salah seorang pembaca mereka, iaitu Fazrul Nazir.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

Apa yang menarik, kelihatan beberapa perubahan yang telah dibuat pada model naik taraf ini, paling ketara adalah jeriji rekaan baharu yang menampilkan elemen busur (Ethereal Bow) dan juga susunan motif Inifite Weave seperti model X50 . Kelihatan juga logo baharu Proton yang berbentuk bulat di tengah-tengah selain rekaan bampar depan serba baharu.

Di bahagian belakang kami menjangkakan hanya bahagian bamparnya sahaja yang akan mengalami perubahan. Namun begitu, nampak seolah-olah lampu belakangnya seperti digelapkan sedikit (smoked) dan ia juga akan mendapat set rim aloi serba baharu enam jejari berkembar rekaan berbentuk bintang. Saiz rim aloi baharu ini dikatakan bersaiz 16-inci, lebih besar sedikit berbanding model semasa.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

Paling mencuri tumpuan kami adalah imbasan di bahagian dalam yang menampakkan papan pemuka yang diolah semula dan kelihatan sebuah paparan skrin jenis terapung berada di tengah-tengahnya. Saiz skrin itu juga agak besar dan jika anda masih ingat artikel terdahulu, kami pernah mengatakan yang papan pemuka model ini bakal menerima unit infohiburan baharu, selain tombol pelaras pendingin hawa jenis digital dan juga kombinasi meter baharu.

Persona MC2 akan dilancarkan bersama-sama Iriz MC2 pada tahun hadapan, dan kami difahamkan akan ada versi ala crossover untuk model Iriz nanti. Kami akan cuba mendapatkan maklumat terkini dari ejen Mat Bond yang ketika ini sedang menjalankan satu misi sulit. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply