Para peminat automotif di Malaysia kini sedang menantikan ketibaan beberapa model baharu yang dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat. Boleh dikatakan perang kereta ketika ini lebih tertumpu kepada dua genre, iaitu sedan dan juga SUV. Trend semasa dunia permotoran sejagat kini lebih tertumpu kepada SUV, model sedan masih lagi menjadi pilihan ramai.
Sungguhpun begitu, sedan masih lagi laris dijual serta mempunyai peminat dan kelebihannya yang tersendiri. Kami senaraikan 7 sebab mengapa sedan lebih baik berbanding daripada SUV.
1 Lebih seronok dipandu kerana pengendaliannya lebih mantap dan stabil
Perkara ini memang kita tidak dapat nafikan kerana memandu model sedan jauh lebih sedap berbanding SUV. Lega tanahnya yang lebih rendah membuatkannya lebih stabil pada kelajuan tinggi dan ketika melayan selekoh.
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
2 Kurang ‘mabuk kereta’, kerana ia tidak beroleng seperti SUV
Lebih tinggi kenderaan itu, lebih mudah ia beroleng dan ini akan membuatkan penumpang rasa ‘mabuk’ atau pening. Bila timbul perasaan sebegini, sudah pastinya kita rasa tidak selesa dan seboleh-bolehnya mahu tiba ke destinasi secepat yang mungkin.
3 Lebih mudah untuk kanak-kanak, warga emas dan OKU keluar masuk dari kereta
Biasanya kanak-kanak yang akan menghadapi sedikit kesukaran untuk menaiki kenderaan jenis SUV disebabkan ia lebih tinggi. Bagi warga emas dan golongan OKU pula, lebih rendah kereta itu, lebih mudah untuk mereka keluar masuk, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggunakan tongkat atau kerusi roda.
4 Ruang but yang berasingan, jadi bau tidak masuk ke ruang kabin
Bila tiba musim durian, sudah pasti anda tidak mahu bau durian itu ‘menusuk hidung’ anda di sepanjang perjalanan bukan? Gerenti pening punya lah. Ini adalah kelebihan ketara sedan berbanding SUV kerana ruang butnya dipisahkan sepenuhnya dari ruangan kabin.
Jadi bau tidak akan masuk ke dalam kabin dan minda akan lebih tenang serta tidak rasa mual disebabkan bau yang kurang menyenangkan. Selain itu, ruang bagasi model sedan biasanya jauh lebih besar dan ini membolehkan kita mengangkut lebih banyak barang.
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
5 Reka bentuk sedan lebih menarik
Dari segi reka bentuk, kebanyakan model sedan moden terkini mempunyai profil badan yang lebih sporty. Ia sekaligus menjadikannya lebih menarik jika dimodifkasi kerana kit badan yang dipasang tidak nampak terlalu tergantung seperti SUV. Bagi model SUV pula, lebih tinggi segmennya, lebih besar saiz badannya dan ia nampak seperti sebuah ‘objek besar’ yang sedang bergerak.
6 Lebih jimat dan cekap bahan bakar
Ini satu lagi kelebihan model sedan berbanding SUV kerana kos untuk menjaganya jauh lebih rendah dan menjimatkan bahan bakar. Jika anda mempunyai SUV, sudah pasti akan terasa bila tiba masa untuk menukar tayar kerana jarang sekali SUV menggunakan tayar bersaiz kecil.
Dari segi penjimatan bahan bakar, kebanyakan model sedan terkini dikuasakan oleh enjin berkapasiti kecil yang menjimatkan minyak, namun mempunyai ouput kuasa yang setara dengan enjin bersesaran lebih tinggi. Selain itu, cukai jalannya sudah tentu jauh lebih murah.
7 Lebih selamat
Seperti biasa, lebih banyak keluli yang digunakan, lebih kukuh dan kuat struktur badan sesebuah kenderaan tersebut. Bagi model sedan, ia mempunyai kelebihan kerana memiliki dua zon renyuk yang lebih panjang, satu di depan dan satu lagi di belakang. Zon renyuk ini akan membantu mengurangkan impak perlanggaran dan kadar kecederaan kepada penumpang sekiranya berlaku kemalangan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
KOMEN TERKINI