ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pakej kit badan Neo GT untuk Satria Neo CPS rekaan dari SD Aerodynamics Automobile Design

Views

Semalam laman Facebook rasmi pengeluar kit badan binaan khas tempatan SD Aerodynamics Automobile Design telah memuatnaik beberapa foto kit badan Neo GT. Kami telah berjaya menghubungi pemilik SD Aerodynamics Automobile Design dan bertanya beberapa maklumat mengenai pakej kit badan Neo GT tersebut. Kit tersebut adalah pakej naik taraf untuk Satria Neo CPS dan diperbuat menggunakan bahan plastik gentian bertetulang atau Fibre-reinforced plastic (FRP) yang sama seperti bumpar kereta Lotus.

Pakej Neo GT ini juga termasuk dengan ekzos berkembar dan apa yang menarik ekzos ini berfungsi sepenuhnya, bukan sekadar hiasan atau dummy. Muffler belakang masih berada di tengah dan paip ekzos dipanjangkan ke bahagian kiri dan kanan berserta corongnya. Yang paling menarik pemilik Satria Neo CPS juga boleh memilih cat badan khas dwi-tona kuning hitam yang diinspirasikan dari Renault Clio RS. Selain itu lampu hadapan dengan lampu nyalaan siang LED (DRL) turut ditawarkan sebagai pilihan.

Berikut adalah senarai harga pakej Neo GT:

  • Bampar depan (tanpa cat dan pemasangan) – RM650
  • Bampar depan dan diffuser (tanpa cat dan pemasangan) – RM680
  • Pakej ekzos (termasuk pemasangan) – RM1,280
  • Upah pemasangan dan cat (ikut warna badan kereta asal) – RM700
  • Cat badan khas dwi-tona – RM3,200
  • Lampu hadapan dengan lampu nyalaan siang LED (siap pemasangan dan pendawaian) –  RM1200 sepasang.

Selain itu pemilik Satria Neo bukan versi CPS juga boleh menaik taraf kereta mereka kepada pakej kit badan Neo GT dengan harga RM2,200 tidak termasuk pakej ekzos (termasuk upah pemasangan dan cat ikut warna badan kereta asal). Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi SD Aerodynamics Automobile Design di talian 012-354 3925 atau hantar pesanan peribadi ke Facebook @sdaerodynamics atau emel kepada [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply