ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai cipta beg udara bumbung suria panorama yang pertama di dunia

Views

Biasanya dalam bab teknologi keselamatan, Volvo adalah salah satu pengeluar yang sentiasa paling awal dalam penciptaan teknologi baharu tetapi kali ini Hyundai berjaya mencipta sejarah dengan menghasilkan beg udara bumbung suria panorama yang pertama di dunia! Kebanyakan kereta terkini terutama yang dijual di pasaran Eropah dilengkapi dengan bumbung suria panorama dan Hyundai mencipta beg udara tersebut sebagai jawapan kepada kebimbangan terhadap keselamatan bumbung kaca tersebut.

Menurut Hyundai, beg udara tersebut dipasang di dalam mekanisma bumbung suria dari kaja terbaja dan jika pengesan berjaya mengesan kenderaan yang bermungkinan akan bergolek semasa perlanggaran, beg udara tersebut akan mengembung ke hadapan dari bahagian belakang kereta dan menutupi keseluruhan permukaan bumbung dalam masa 0.08 saat.

Hyundai berkata beg udara bumbung suria itu mampu menghalang penumpang dari tercampak keluar dari kenderaan ketika ia bergolek dan sekaligus mampu mengurangkan risiko kecederaan parah atau kematian. Buat masa ini, Hyundai tidak memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai bilakah mereka akan memasang beg udara tersebut pada kenderaan keluarannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply