ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pameran khas “A Volvo Made for You” beri inspirasi buat pemilik

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia ingin memberi inspirasi kepada pemilik Volvo baharu menerusi satu pameran khas “A Volvo Made for You” yang berlangsung di Sentul Depot, Kuala Lumpur dari Jumaat 9 Ogos hingga Ahad 11 Ogos ini.

Berlangsung dari 10 pagi hingga 6 petang, acara hujung minggu ini akan menampilkan tawaran eksklusif sekali sahaja dan peningkatan aksesori percuma untuk model elektrik penuh Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric.

Semasa pameran ini, pelanggan yang berminat berpeluang mendapat tawaran tambahan untuk membeli model Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric, disamping tawaran sedia ada bulan Ogos, iaitu rebat sebanyak RM25,000.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Sebagai alternatif, mereka boleh memilih pakej aksesori Volvo ‘Made for You’ bernilai RM43,000 yang merangkumi papan larian terintegrasi, kit hubcap yang anggun, rim dan tayar 20-inci, plat pelindung pintu belakang bercahaya, dan cermin pandang belakang digital.

Kedua-dua model turut ditawarkan dengan:

  • Bantuan Volvo Service Included (VSI) selama 5 tahun
  • Bantuan khidmat digital selama 5 tahun
  • Bantuan pinggir jalan 24 jam percuma selama 5 tahun
  • Waranti kenderaan selama 5 tahun
  • Waranti bateri HV selama 8 tahun atau 160,000 km (mana yang terdahulu)

Pengarah Jualan Volvo Car Malaysia, Chris Tan, berkata, pihaknya akan mempamerkan kedua-dua model sebagai kanvas tersuai untuk memberi inspirasi kepada pemilik baharu semasa acara jualan hujung minggu ini.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Empat daripada kereta utama yang dipamerkan akan menampilkan balutan vinil, termasuk satu model yang dilitupi balutan hitam kusam (matte) penuh.

Turut dipamerkan, sebuah XC40 Recharge Pure Electric berwarna biru kapal layar dan sebuah lagi yang menampilkan karya seni pelbagai warna menggambarkan ‘friluftsliv‘, frasa Skandinavia yang bermaksud ‘kehidupan udara terbuka’.

Pengunjung acara di Sentul Depot juga boleh menikmati tawaran lanjut pada rangkaian kereta plug-in hybrid (PHEV) Volvo Car Malaysia termasuk Volvo XC90, XC60, S60, S90, dan V60 Recharge.

Pelbagai pilihan kereta Volvo SELEKT, iaitu kereta terpakai berkualiti dengan jaminan dan pemeriksaan penuh yang dilakukan oleh Volvo Car Malaysia turut dipamerkan semasa acara tersebut.

Pengunjung yang membuat pendaftaran awal dari sekarang hingga 8 Ogos ini akan menikmati perkhidmatan peribadi semasa ketibaan di acara Sentul Depot atau lokasi pengedar lain di seluruh negara. Untuk mendaftar sila layari PAUTAN INI.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply