ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

PANAS : Foto risikan Proton Persona R ditemui!

Views

spyshots persona r funtasticko

Tu dia, jangan kata abam tak payung tau! Makin meriah kembali funtasticko.net setelah foto risikan pertama Proton Persona R (P2-31A) yang telah ditemui oleh Raul Gonzalez (nama samaran) yang juga merupakan bekas pemain pasukan Real Madrid!

spyshots persona r funtasticko 1

Lokasi penemuan kereta berkoyok ini ditemui tidak diketahui, tetapi ia berkemungkinan di sekitar Lembah Klang. Proton dijangka akan memperkenalkan model ini pada tahun hadapan selepas pelancaran model Perdana fasa kedua. Nantikan foto risikan seterusnya!

* Raul Gonzalez bakal menyertai Liga Super tahun hadapan ke? Hehehe…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

55 Comments


  • aku nak tekan kan disini.. pilihan auto gearbox tu penting proton..pls no punch cvt for your new sedan(lg bagus bukan gear cvt..hehehe)…


  • no worries abt cvt rsnye.. sbb new line-up will be using jatco-source cvt as talked masa Alami br2 ni.. hopefully they will materialise it.
    now, very hepi wth my iriz (sll in iriz rather than estima).. haha.. small fun car ma..


    • tapi aku tanya Jatco, CVT diorg kuar dgn engine baru, 2017. So tahun depan 2016 still pakai punch. Tapi harap2 masuk pesonaR n SagaR la Jatco


    • fiesta sedan, attrage. Sebenarnya small size seperti 14″ dengan 15″ untuk fuel saving. Cume kadang2 tayar kecik nh boleh ganggu stability kereta


    • Persona sebab old campro agak sluggish. Plus weight ratio dengan kapasiti Engine, x silap saga lebih sikit. Tapi persona handling terbaik. Tu saga x boleh lawan


  • Mmm… impresi awal agak menarik!:) A-pillar iriz kelihatan di situ namun garisan pintu sedikit cembung utk disesuaikan dgn ciri2 sedan. A-pillar bertingkap sebegitu menjadikan view tingkap sisi jadi luas dan lengkuk bumbung x kelihatan tinggi (walaupun model nie tinggi) utk mengekalkan nilai sporty. Taruhan view sebenar terletak pada design depan n belakang n harap2 istilah ‘persona’ mmg layak utk model nie:)

    Cheers!


    • nama kekal..so ni persona 2nd generation..boleh baca di page paul tan..Proton akan kekalkan nama Perdana, Persona dan Saga.. =)


  • nampak gaya dari bentuk lampu depan tu nampak jauh beza dgn bentuk lampu dpn iriz… lampu dpn untuk model ni cam lebih tajam dan garang… jauh beza dgn bentuk lampu depan iriz yg cam lembut pondan…


  • Ruang tayar slalu x sepadan dengan saiz body pasal apa haaa?jawab skit Fauzan?Trademark proton ke?Perdana baru nampak cun pulak proportion dia.


    • Mmm… benda nie dilema jer. Sy lebih suka tayar yg besar n agak suite dgn body yg besar. Even bila designer design kereta from sketch, depa pun mmg suka lukis ruang tayar pun besar2 kn? Maksudnya bertayar besar nie kereta nampak solid n cantik. Cuma reality jer kos efektif diambil kira. Ado tgk kereta mahal2 tayar mcm kancil? Tayar kecil mgkin mggunakannya akan lebih murah , senang selenggara n jimat minyak.

      Cheers!


      • Bukan tayar bro,ruang tayar dia kecik dan ‘shallow’ sgt.Tayar spek kilang kecik tak jadi hal,ble tukar.Cuma bila dari kilang dah ditune dgn tayar kecik paham2 jelah bila tukar rim besar.Tork kelaut bro.


        • Mmm… kalau mmg dh model tu di design utk tayar kecik. Mmg ler ko bleh tukar tayar besar.. rim besar..mcm ko ckp la.. akhirnya ke laut. Jgn plak salahkan ibu mengandung. Hehe… sendiri cari nahas:p

          Cheers!


  • YA BETUL KERETA MEWAH MANA PAKAI RIM DAN TAYAR KECIL. PROTON PERSONA KENA PAKAI RIM PALING KECIL 17″.BAB MINYAK PROTON KENA SELESAIKANLAH.


  • Jualan Proton sehingga bln Sept 2015 hanyalah sebanyak 78 836 unit.. Jualan Honda pula 66 411unit.. Kemunculan Iriz nampaknya tidak mampu melonjakkan jualan Proton pada tahun ini malah semakin dekat dikejar oleh Toyota & Honda.. Sy sgt2 bimbang dgn trend ini..

    Hanya tinggal bln Okt, Nov dan Dec shj dan sy jangkakan jualan Proton sukar utk mencecah 100 000 unit tahun ini..

    Diharapkan dgn kemunculan Persona & Saga pd tahun 2016 dptlah menyelamatkan Proton dr bangkrap..


    • Mmm…Dgn sentiasa memastikan ada model2 baru dlm pelbagai segment proton berada di landasan yg betul utk survive dlm industri. Cuma lagi perlu lihat suasana pasaran bagi memastikan model kuar pada masa yg betul mengikut kehendak pasaran. Even honda juga lonjakan jualannya dibantu dgn penampilan pelbagai model mengikut tren pasaran.

      Momentum jualan proton perlu ditingkatkan seiring dgn kepercayaan baru terhadap model2 terkininya… mmg agak malang bila masih ramai di takuk lama dok gebang pasal proton menerusi model2 silamnya sperti saga lama, wira waja dll. Bila dikaitkn dgn kualiti la.

      Cheers!


    • yup..melihat trend jualan kereta tahun 2015..lonjakan besar dari Honda seakan mengancam jualan Proton..namun melihat pasaran Perodua..seakan setara seperti tahun tahun sebelumnya..jika melihat pada jualan Proton..masalahnya pada model Persona dan Saga yg sudah “ditelan zaman”..model Preve yg kononnya kuat makan minyak plus rupa yg kurang “BOLD”..mengakibatkan orang beralih arah kepada Toyota vios dan Honda City..saya setuju juga dengan Fauzan iaitu Honda pantas mengeluarkan barisan model yg menjadi pilihan rakyat Malaysia..tetapi pada pandangan sy..pengenalan Persona 2016..Saga 3 dan Perdana fasa 2..insyaAllah dpt melonjakkan jualan Proton pada tahun 2016

      diharapkan juga rakyat mampu mengubah mindset masing masing..kualiti Proton bukan seperti dahulu..mungkin Preve permulaannya..namun lihat kepada Suprima S dan Iriz..jauh perbezaannya..


      • Mmm… market goreng pisang panas di M’sia dtgnya dari model A, B segment sedan n hatchback. Proton x leh stick dgn formula 5 tahun lifecycle utk tunggu replacement. dgn mgharapkan FL jer. Pengeluar lain setiap 3 tahun ada jer replacement. Mmg la kos pembangunan menjadi kekangan tapi perlu cari sumber lain kalau tak mmg ketinggalan la bila pengeluar lain mendahului dgn model2 yg lebih menarik bagi setiap pengeluarannya.

        Err… walaupun ada yg xsuka dgn model preve yg kurang ‘Bold’, tapi bagi pasaran m’sia model dari c segment nie mendapat permintaan ramai n top sales utk model2 dari segment C M’sia:) Mgkin faktor safety, value for money n harga lebih murah drp pesaing seperti civic, elantra, jetta dll. Model2 market proton spend jer RnD life cycle utk 3 tahun n niche market baru ar buat 5 tahun. Kaji trend pasaran pastu boost jer dgn model baharu yg cun melecun:)

        Cheers!


    • barisan kereta proton yg ada tak mantap lagi..kehadiran Iriz belum cukup untuk melonjakkan jualan proton kerana segmen tersebut perlu besaing sengit dgn pengeluar lain.

      Selain Iriz, proton hanya mengharapkan model-model lama seperti saga, exora dan preve yang masih tiada FL.

      Malahan, tahun depan pun jangan mengharapkan jualan proton meningkat dengan pengenalan perdana fasa 2, kerana segmen ini lebih sengit.

      Mungkin kena tunggu 2016-2017 untuk melihat sama ada jualan proton mampu meningkat dengan pengenalan saga dan persona. Tapi itu pun kena lihat faktor lain seperti harga, spesifikasi dan saingan dari pengeluar lain.


  • Sama2 kita berdoa.. Cabaran Proton bkn shj dgn pengeluar2 lain, malah rakyat Malaysia sendiri.. Kwn2 yg baru bekerja tidak lg menjadikan Proton sbh kenderaan pertama mereka.. Mereka memilih City, Vios, Almera & Mazda 2 sbg kenderaan pertama mereka.. Diharapkan dgn pengenalan model Saga 3 & Persona 2 dpt menambat hati rakyat Malaysia..


  • Jika benar proton masih memaksimakan enjin Campro and transmisi cvt nye, maka perbaikilah kereta ini dgn bersungguh sungguh..
    Dan jgn lagi bertelingkah isu model mana patut berada di segmen mana..ia seharusnya sudah lama difikirkan..
    Skrg adalah masa untuk membina kereta Proton yg lebih baik..


  • what proton should do is DO IT RIGHT IN THE FIRST PLACE.
    any selection of the vendor proton should be extra careful, like punch cvt, look now ,, due to wrong choice of vendor / supplier ,proton does not make a good car.
    so , any project ,,please careful ,,and have things tested to the max , then decide weather is it worth taken.


    • yup..Proton perlu extra careful utk pilih vendor..jangan main ambil sahaja.. perlu uji dengan penuh teliti.. if semua vendor yang menyusahkan ni Proton dapat atasi…boom!!..mesti Proton da cukup sempurna.. =)

      break ur leg Proton


  • P3 31A(Next Gen Persona) and P3 13A (Next Gen Saga/S16) oh and let us not forget the Proton Iriz …FYI the two new cars ie P331A and P313A are from the Iriz Platform …..there is talk the next S16 will be powered by new 1.0L Turbo (118hp/170nm)(Phoenix Engine/Replacing old Campro ) and for the UK/Europe these cars will use the bigger 1.3L GDI(124hp/163nm),1.3TurboPetrol(140hp/210nm), 1.5L GDI(131hp/190nm) and for the Preve / Suprima Facelift models will get a 1.5L Turbo Petrol (150hp/230nm) 1.5L TGDI(170hp/260nm) ….the Perdana / Next Gen Exora and the Rumoured Proton Pick-Up (Not Ladder Frame Chassis) will be powered by the PETRONAS developed NE01X Class of engines ie NE01 2.0L Na (158hp/211nm) ,NE02 2.0L Turbo (212hp/280nm), NE03 2.2L Turbo Petrol (240hp/312nm) and lastly the NE04 2.2L TGDI (230hp/340nm)….interesting times ahead,,,,,


    • tunggu 5-10 tahun lagi…sementara tu jgn beli proton dengan enjin based campro dgn punch cvt. nanti baru pakai 3-4 tahun rasa nyesal..

      btw, memandangkan proton “teruja” nak guna enjin turbo ni, proton kena selesaikan masalah major seperti cooler hose dan radiator fan connector yg suka cair tu..

      setakat ni proton buat bodoh je kalau pelanggan tak ngadu. Ada yg kena, ngam2 waranti habis. nasiblah.


        • Oil feed hose..yg ni paling kritikal sebab ia mcm bom jangka. hose2 lain pun mudah crack/merekah, tapi tak kritikal mcm oil feed hose ni. kalau tengok kat engine bay preve saya ni pun, byk kali juga leaking dah jadi.

          cable connector dah tukar sekali sebab melting. la ni jangkit kat part elektronik spt. relay, fius plak rosak. mentol lampu depan pun dah berkali-kali tukar.

          Sejak tahun 2013 pakai preve, selain connector tu, saya dah claim mounting, hose dengan seat. sebab ni mmg common problem preve.

          Siapa2 nak pakai enjin turbo, tak kiralah dari pengeluar kereta mana sekalipun, kena standby duit maintenance. sebab kos senggaraan dan harga alat ganti agak tinggi. saya sendiri pun tak tau berapa lama bertahan nak jaga preve cfe saya tu. Lepas habis warranty, part2 dalam kereta tu macam tau-tau je nak minta tukar.


      • Cooler hose dengan radiator? Yang tu proton dah announce haritu diorng akan tukar ke tembaga. Kereta saya guna connector tembaga dah.

        ke masalah oil feed hose? Yang tu memang sampai sekarang belum selesai, tukar pun boleh pecah balik, tapi dengarnya ada company tempatan bersama 2 org profesor dari sbuah IPT sedang bekerjasama dengan Proton untuk mencari penyelesaian bagi hos tu…


      • Cooler hose dengan radiator? Yang itu bukan ke proton dah umum mereka buat tukaran percuma untuk connector. Saya punya dah pakai tembaga dah.

        Ke yang dimaksudkan ni oil feed hose? Yang tu memang belum ada penyelesaian. Tukar pun masih boleh pecah. Tapi dengar cerita ada syarikat tempatan bersama 2 org profesor dari IPT sedang bekerjasama dengan Proton untuk menyelesaikan masalah hos tu… Harapnya dipermudahkanlah..


    • 1.5TGDI (170hp/260Nm) looks interesting.

      1500cc tax bracket,
      torque almost matching with NE02 2.0L T,
      Turbo, GDI?

      introduction of GDI engines will increase the demand for cleaner fuel.

Leave a Reply