ARKIB

KATEGORI

Buletin

Panasonic Automotive Systems jadi kilang pertama di Malaysia capai status pelepasan emisi CO2 sifar bersih

Berita Tempatan

Views

Panasonic Automotive Systems Malaysia Sdn. Bhd., pengeluar sistem audio dan navigasi berkualiti tinggi milik Panasonic di Pulau Pinang muncul sebagai kilang pertama di Malaysia yang telah mencapai kadar pelepasan karbon dioksida (CO2) sifar bersih awal tahun ini.

Kilang yang memperolehi persijilan ISO 14001 itu berkeluasan 100,700 meter persegi dan luas binaan 28,430 meter persegi berusaha untuk mengurangkan pelepasan CO2 daripada pelbagai aspek operasinya.

Inisiatif utama terbabit termasuk penggantian pam air, pencahayaan, pendingin hawa dan peralatan sistem penyejukan dengan yang cekap tenaga, pemasangan penderia gerakan, dan melaksanakan tinjauan kebocoran udara dan langkah tindak balas.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Pada Oktober 2018, syarikat itu telah melabur dalam tenaga boleh diperbaharui (RE) menerusi pemasangan sistem fotovoltaik (PV) berskala kecil yang menjana 0.8 peratus daripada kadar penggunaan tenaga elektrik keseluruhan kilangnya.

Pengarah Urusan Panasonic Automotive Systems Malaysia Sdn. Bhd., Takahiro Suzuki, berkata pihaknya sentiasa melaksanakan libat urus dengan Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang untuk mencapai sasaran neutral karbon menjelang 2050.

Tambah beliau, pihaknya menggalakkan penjimatan tenaga dan amalan lestari seperti pemasangan kipas berkelajuan rendah lebih banyak sebagai pengganti pendingin hawa, selain menutup lampu ketika waktu rehat bagi mengurangkan pembaziran.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Norazizi Adinan, berkata status CO2 sifar bersih yang dicapai Panasonic Automotive Systems Malaysia Sdn. Bhd. adalah pencapaian penting bagi melengkapkan aspirasi neutral karbon Pulau Pinang dan Malaysia yang lebih meluas.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Panasonic Automotive Systems Malaysia Sdn. Bhd. menyasarkan untuk mengurangkan penggunaan tenaganya secara sistematik sebanyak 3 peratus setiap tahun.

Sebahagian sasaran itu diharap mampu dicapai menerusi pemasangan sistem fotovoltaik (PV) berskala besar, merangkumi daripada 3,284 panel solar yang akan dipasang di atas bumbungnya menjelang Mac 2024

Ini dijangka membekalkan 20 peratus penggunaan tenaga elektrik kepada kilang. Kumpulan Panasonic menyasarkan untuk mencapai CO2 sifar bersih daripada operasinya menjelang 2030 menerusi “Panasonic GREEN IMPACT“.

Sehubungan itu, Panasonic Automotive Systems Malaysia Sdn. Bhd. akan terus berusaha untuk mengurangkan pelepasan CO2 dalam rantaian nilai mereka dengan menyediakan penyelesaian yang mampu membantu pelanggannya mengurangkan jejak karbon, sambil mengekalkan pencapaian pelepasan CO2 sifar bersih dalam rangkaian operasinya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply