ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengeluaran enjin Campro CFE berakhir, Proton Exora juga bakal menyusul

Berita Tempatan

Views
@eocmalaysia_official Selepas 12 tahun, enjin CFE kini secara rasmi telah ditamatkan pengeluarannya pada hari ini. #onthisday #camprocfe #protonexora #mediaeocm #eocmalaysiaofficial #fyp ♬ original sound – @K_AZ

Satu video yang dimuatnaik ke akaun Instagram @eocmalaysia_official sejak semalam, memaparkan satu sesi ringkas bagi ‘memperingati’ tamatnya pengeluaran enjin Campro CFE yang telah dihasilkan sejak 12 tahun lalu.

Ia juga menandakan yang satu-satunya model yang menggunakan enjin tersebut pada masa ini, iaitu Proton Exora semakin hampir ke fasa terakhir pengeluarannya yang dikatakan pada bulan depan (November).

Istilah CFE adalah ringkasan kepada ‘Charged Fuel Efficiency‘ dan ia merupakan enjin 1.6-liter Campro yang telah mengalami beberapa pengubahsuaian.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Antara pengubahsuaian yang dilakukan ialah komponen-komponen utama seperti aci engkol, aci sesondol, rod penyambung, blok silinder dan kepala silinder enjin telah ditukar kepada reka bentuk baharu.

CFE sebenarnya berfungsi di atas dasar mampatan paksaan (forced induction). Ia menggunakan daya gas ekzos berkelajuan tinggi untuk memusingkan pemampat yang akan kemudian memaksa lebih banyak udara luar masuk ke dalam kebuk pembakaran.

Kelebihan enjin ini ialah sistem pemampat hanya beroperasi selepas 2,000 rpm. Apabila enjin bergerak di bawah paras tersebut, penggunaan bahan bakar akan menjadi lebih rendah berbanding enjin 2.0-liter.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Ia turut dilengkapi dengan teknologi injap VVT untuk mengoptimakan laluan udara segar ke dalam enjin pada RPM rendah dan tinggi.

VVT juga membantu mengurangkan penggunaan minyak dan mengurangkan pencemaran udara kerana pembakaran adalah lebih lengkap.

Dari segi output, enjin ini mampu menjana 138 kuasa kuda pada 5,000 rpm dan 205 Nm daya kilas pada 2,000 hingga 4,000 rpm.

Setakat artikel ini ditaip, video tersebut telah meraih lebih 43,500 tontonan, 1,217 tanda suka dan 115 komen daripada warganet,

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply