ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu Bentley tapi kantoi guna cukai jalan dan nombor pendaftaran palsu

Berita Tempatan

Views

Pemandu kereta mewah jenis Bentley antara 18 individu yang ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan, Motosikal dan Pelbagai Kesalahan di sekitar ibu kota, sejak Jumaat hingga awal pagi tadi.

Menurut Harian Metro, pemeriksaan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mendapati kenderaan dipandunya mempamerkan cukai jalan dan nombor pendaftaran palsu.

Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan akan dituduh mengikut Seksyen 108(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Menurutnya, operasi bermula jam 9 malam hingga 4 pagi tadi turut menahan seorang penunggang motosikal lelaki berusia 21 tahun atas kesalahan sama.

Jelasnya, dalam operasi pelbagai pula, polis menahan 12 lelaki berusia 22 hingga 54 tahun mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Operasi dijalankan di sekitar pusat bandar, Jalan Tun Razak, Jalan Pahang, Jalan Raja Laut, Jalan Kuching dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) membabitkan kekuatan 10 pegawai dan 89 anggota.

Bagi Operasi Samseng Jalanan, Zulkafli berkata, pihaknya menahan empat lelaki yang menunggang dalam keadaan merbahaya dan melakukan aksi zig-zag, roket, superman serta bersaing.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Beliau berkata, mereka berusia 19 hingga 21 tahun itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut dan akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Secara keseluruhan sebanyak 371 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 10 motosikal disita mengikut Seksyen 64 akta sama kerana mengubahsuai ekzos.

Motosikal yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta diarahkan mengubah ke struktur asal.

Katanya, operasi berterusan akan dijalankan pada setiap hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JSPT KL

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply