ARKIB

KATEGORI

Info

Camperv M1 – Treler Camper buatan tempatan, harga bermula dari 68K

Info

Views
Camperv Malaysia Official Trailer

Trend campervan, caravan semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ketika ini. Tahukah anda ada sebuah syarikat tempatan yang ada mengeluarkan produk kenderaan rekreasi seperti caravan, motorhome dan treler camper berkualiti tinggi?

Ya, syarikat Camperv (M) Sdn Bhd mampu menghasilkan produk sebegini dengan harga yang boleh dikatakan mampu milik. Produk pertama keluaran mereka iaitu treler camper yang dinamakan M1 dihasilkan menggunakan bahan premium dengan teknologi terkini.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

M1 dilengkapi dengan pendingin hawa, sistem panel solar pada bahagian bumbung, tempat simpanan utitili dan juga memiliki keupayaan untuk meredah laluan off-road. Harga yang ditawarkan bermula dari RM68,000 seunit untuk semua spesifikasi asas dan boleh dinaiktaraf untuk kegunaan off-road.

Treler ini juga sah untuk digunakan dan diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta telah melalui pemeriksaan dari Puspakom. Ia juga mempunyai cukai jalan serta insuransnya yang tersendiri, dan lesen D sudah memadai untuk membawa treler ini.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Dari segi dimensi, treler M1 berukuran 2,750mm panjang dan 1,680mm lebar. Ia tidak boleh diubahsuai dari segi reka bentuk dan saiz kerana ia telah diluluskan oleh pihak berkuasa.

Treler M1 hanya boleh ditunda oleh kenderaan berkapasti enjin 2,400 cc ke atas dan sebaik-baiknya ia memiliki keupayaan off-road. Anda boleh menempah treler M1 ini dan boleh mengubahsuai rekaan dalamannya mengikut citarasa sendiri dengan tempoh menunggu selama 90 hari selepas pengesahan.

CampeRV Malaysia menawarkan baucar RM5,000 untuk aksesori bagi 50 pembeli terawal treler M1, namun ia tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut layari https://camperv.my/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply