ARKIB

KATEGORI

Tular

Pandu Honda Civic FD lawan arus, wanita warga emas alami dementia

Tular

Views

Seorang wanita warga emas yang memandu kereta berlawanan arus di Kilometer 9, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, pada awal pagi semalam, disyaki mempunyai masalah dementia.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, wanita berusia 75 tahun itu ditahan selepas hadir ke Balai Polis Iskandar Puteri, di Johor Bahru.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Katanya, wanita yang memandu kereta jenis Honda Civic FD diminta hadir ke balai polis untuk siasatan selepas tular video yang memaparkan tindakannya memandu melawan arus tular di media sosial.

Pihaknya telah mengesan video tular yang memaparkan kejadian sebuah kereta Honda Civic FD berwarna kelabu dipandu secara melawan arus antara pukul 12 tengah malam hingga 2.50 pagi semalam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bertindak atas maklumat, pihaknya telah menahan seorang suspek wanita kira-kira pukul 4.11 petang semalam bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 13 saat memaparkan kejadian sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu dipandu secara melawan arus di aplikasi X.

Mengulas lanjut, Belveer Singh berkata, hasil soal siasat yang dilakukan mendapati wanita berkenaan tidak memandu di bawah pengaruh alkohol dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply