ARKIB

KATEGORI

Buletin

GWM Malaysia buka tempahan ORA 07 – Pembeli terawal terima pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun

Berita Tempatan

Views

GWM Malaysia secara rasminya membuka tempahan bagi model sedan EV dengan gaya reka bentuk kereta sport iaitu, ORA 07.

Dua pilihan varian ditawarkan untuk pasaran Malaysia bersama tiga pilihan warna, iaitu Crystal Purple, Amethyst Gray dan Jade White.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berikut adalah pilihan varian serta spesifikasi ringkas ORA 07:

  • ORA 07 Long Range – Motor elektrik tunggal berkuasa 201 kuasa kuda dan 340 Nm daya kilas dengan pacuan roda hadapan (FWD), kelajuan maksima 170 km/j, bateri jenis litium ternary 83.5 kWj, jarak pandu 640 km (NEDC).
  • ORA 07 Performance – Dwimotor elektrik berkuasa 402 kuasa kuda dan 680 Nm daya kilas dengan pacuan semua roda (AWD), pecutan dari 0 ke 100 km/j hanya 4.3 saat, kelajuan maksima 180 km/j, bateri jenis litium ternary 83.5 kWj, jarak pandu 550 km (NEDC).

ORA 07 menampilkan reka bentuk luaran gaya retro moden yang anggun dengan lampu depan LED pintar, tingkap nirbingkai, bumbung kaca panoramik dan spoiler belakang elektrik adaptif.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Rekaan kabinnya pula nampak elegan dan canggih dengan pemilihan bahan berkualiti-tinggi, serta susun atur papan pemuka yang moden dan minimalis bersama kombinasi warna yang menyerlahkan lagi kemewahannya.

Dari aspek keselamatan pula, model yang dibangunkan dari pelantar Lemon E dari GWM ini mengadaptasikan konsep struktur badan seperti sangkar bagi menyediakan perlindungan keselamatan yang komprehensif.

Model sedan ini didatangkan dengan sistem amaran keluar lorong, sistem kekal lorong (LKA), sistem pemantau titik buta (BSD) serta fungsi sokongan seperti pandangan 360 darjah, pengelakan pintar, pengecaman panda tanda lalu lintas, had laju jelajah, penggera terlebih kelajuan dan lain-lain.

Pelanggan yang membuat tempahan bermula 1 Mac 2024 juga akan menerima faedah eksklusif yang merangkumi pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun (termasuk alat ganti dan upah). Tawaran ini tersedia untuk masa yang terhad sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply