ARKIB

KATEGORI

Buletin

Panik tersalah jalan punca pemandu BMW 5 Series lawan arus

Berita Tempatan

Views

Panik akibat tersalah laluan dipercayai menyebabkan pemandu kereta BMW meneruskan perjalanan secara lawan arus sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan lain, dalam kejadian di Lebuh raya Tun Dr Lim Cheong Eu di Georgetown, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, menerusi siasatan awal, wanita itu mendakwa dia pergi ke restoran di kawasan Persiaran Karpal Singh kira-kira jam 12 malam sebelum kejadian.

Katanya, ketika mahu pulang, wanita yang bekerja sebagai pegawai bank itu menyedari sudah tersalah jalan dan masuk ke laluan bertentangan di lebuh raya itu.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Wanita itu panik dan tidak tahu hendak berpatah balik sebelum meneruskan perjalanan. Bagaimanapun pihaknya akan teruskan siasatan termasuk menilai rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Sampel darah wanita itu juga sudah diambil dan dihantar ke jabatan kimia bagi analisa sama ada mengandungi dadah atau alkohol.

Terdahulu Harian Metro melaporkan mengenai seorang lelaki berusia 22 tahun yang cedera selepas kenderaan dinaikinya dirempuh sebuah kereta dipandu secara melawan arus di susur keluar Jambatan Pulau Pinang menghala Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu.

Dalam kejadian itu, kereta Perodua Bezza dipandu mangsa dikatakan dirempuh pemandu BMW 5 Series berusia 41 tahun yang dikesan memandu secara melawan arus dari arah pusat bandar.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Mengulas lanjut Soffian berkata, pada masa ini kedua-dua mangsa masih menerima rawatan di hospital.

Katanya, mangsa yang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) sudah menjalani pembedahan dan usus kecil lelaki itu terpaksa dibuang susulan kecederaan akibat kemalangan terbabit.

Manakala pemandu BMW yang dirawat di hospital swasta ditahan selama tiga hari lagi berikutan kecederaan di dada.

Tangkapan masih belum dibuat dan pihak polis juga belum merakam percakapan kerana kedua-duanya masih dalam pemerhatian doktor. Keterangan akan diambil apabila mereka sudah stabil.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply