Model Perodua D66B, Proton S50 serba baharu dan smart #1, iaitu model kenderaan elektrik bateri (BEV) yang bakal dibawa oleh Proton dijangka diperkenalkan ke pasaran tempatan dalam tempoh yang terdekat ini, demikian menurut Kenanga Investment Bank.
Penganalisisnya, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz, berkata model-model Perodua dan Proton terus mendapat sambutan, dengan harga yang kompetitif berbanding dengan jenama-jenama bukan nasional.
“Mereka juga menawarkan ciri-ciri teknologi yang dipertingkatkan seperti speedometer digital, enjin cekap bahan api dan kotak gear responsif tinggi serta ciri-ciri keselamatan seperti bantuan brek automatik dan empat hingga enam beg udara,” katanya dalam satu nota penyelidikan.
Beliau berkata, Perodua terus mendahului dalam perlumbaan model baharu dengan pelancaran Perodua Axia serba baharu tahun ini dengan antara ciri yang dipertingkatkan seperti meter kelajuan digital dan bantuan brek kecemasan.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
Katanya, ia diikuti oleh dua lagi model dipertingkatkan tahun ini, dan satu model baharu pada awal tahun depan iaitu Perodua D66B dalam segmen-B.
Proton baru-baru ini melancarkan kenderaan elektrik hibrid ringan (MHEV) pertama untuk jenama tempatan, Proton X90 serba baharu, dan merancang untuk melancarkan Proton S50 serba baharu (sedan segmen-C) dan smart #1 (BEV) menjelang akhir tahun, selain lima model dipertingkatkan, semuanya dalam tahun ini.
Mengulas lanjut, Wan Mustaqim berkata, pihaknya mengekalkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi tahun ini sebanyak 720,000 unit, yang mana akan sepadan dengan tahap rekod yang dicapai pada 2022 dan selaras dengan 725,000 unit yang diunjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Pihaknya mengunjurkan TIV pada 2024 sebanyak 710,000 unit, yang kurang sedikit berbanding tahun sebelumnya kerana (jangkaan) pengenalan subsidi bahan api bersasar.
Mereka percaya kereta baharu masih menjadi perhatian bagi kebanyakan isi rumah Malaysia walaupun inflasi yang tinggi dan ekonomi global yang perlahan.
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
“Kami kini melihat peluang yang lebih besar dalam segmen yang berpatutan kerana ia akan kurang terjejas oleh pengenalan subsidi bahan api yang disasarkan yang mungkin menjejaskan permintaan untuk kenderaan pasaran pertengahan kerana ia akan mengikis kuasa perbelanjaan kumpulan M40,” katanya.
Beliau berkata, keyakinan itu disokong oleh keyakinan pengguna yang kukuh disokong oleh ekonomi yang stabil dan pasaran pekerjaan yang sihat, harga kenderaan bermotor yang mampu milik disokong oleh harga kereta baharu yang stabil susulan penangguhan peraturan duti eksais baharu.
Katanya, ia juga didorong oleh dan kos sewa beli yang berpotensi lebih murah dengan pengenalan kaedah pengurangan baki dalam pengiraan caj faedah serta model baharu yang menarik.
“Keterlihatan pendapatan industri masih kukuh, disokong oleh tunggakan tempahan sebanyak 235,000 unit, yang mana penghantaran akan berlanjutan sehingga ke tahun 2024.
“Lebih separuh daripada tunggakan adalah dari pelancaran model baharu dan kami menjangkakan akan melihat trend serupa sepanjang tahun.
Sementara itu, keterujaan dapat dilihat dalam segmen kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran baharu BYD Seal dan Tesla Model 3 baru-baru ini,” katanya. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
KOMEN TERKINI