ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pasang balik ekzos asal kalau nak tuntut motosikal yang disita – JSPT Perak

Berita Tempatan

Views

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak menyita 19 motosikal atas kesalahan mengubahsuai ekzos sepanjang Op Khas Kesalahan Bunyi Bising. Menurut Berita Harian, Ketua JSPT negeri, Superintendan Zakaria Abd Rahman, berkata operasi sekatan jalan sejak 1 hingga 14 Mac ini dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Jelasnya, sepanjang tempoh operasi sehingga hari ini, polis menyita 19 motosikal atas kesalahan ubah suai ekzos dan mereka yang melakukan kesalahan itu berusia antara 16 hingga 40 tahun. Tambah beliau, dalam operasi ini juga, sebanyak 679 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Zakaria berkata, setiap pemilik motosikal yang disita atas kesalahan mengubah suai ekzos perlu memasang semula ekzos asal jika mahu menuntut kenderaan masing-masing. JSPT Perak tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemilik motosikal yang mengubahsuai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising dan menimbulkan rasa tidak selesa pada masyarakat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen PERAK

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply