ARKIB

KATEGORI

Buletin

PDRM peroleh 16 dron berkuasa tinggi bernilai RM48 juta

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima 16 dron berkuasa tinggi yang diluluskan oleh kerajaan pada Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim.

Beliau berkata, dron berkenaan akan dikawal oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan sempadan seluruh negara terutama di kawasan yang tidak berpagar.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kata beliau, sebanyak RM48 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan menerusi RMK-12 RT1 (Rancangan Tambahan 1) melalui proses tender oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi perolehan dron ini.

Beliau berkata, pihaknya harap dengan adanya dron ini boleh membantu meningkatkan operasi dan tahap keselamatan di kawasan sempadan terutama yang tidak berpagar, bagi mengekang aktiviti jenayah.

Turut hadir, Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad dan Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat. Menurutnya, kawasan sempadan tidak berpagar adalah sejauh 44.55 kilometer yang digunakan oleh penyeludup melalui lorong tikus sekali gus mengaburi pihak berkuasa.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Jelasnya, dron yang bakal diperoleh mampu terbang di udara lebih daripada empat jam. Selain itu, sebanyak 175 pacuan empat roda (4×4) akan diterima PDRM dalam masa terdekat sekali gus membantu meningkatkan tahap operasi pihaknya di seluruh negara.

Dalam pada itu, anggota risik yang bertugas di kawasan sempadan akan dilengkapi dengan rompi kalis peluru (inner bullet proof vest) sebanyak 1,000 set bagi memberikan perlindungan keselamatan kepada mereka.

Tambah beliau lagi, kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta bagi pakaian itu dan anggota risik diarah meningkatkan tahap operasi di kawasan sempadan bagi memperoleh maklumat penting.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit PDRM DRONE UNIT

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply