ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rider Foodpanda maut, motosikal langgar Axia

Berita Tempatan

Views

Seorang penghantar makanan Foodpanda maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta dalam nahas di Kilometer 25 Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Kuala Pilah, pagi tadi.

Menurut K! ONLINE, mangsa, Muhammad Afiq Rudhuan, 21, dari Taman Sri Juasseh dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritenden Amran Mohd. Ghani berkata, siasatan awal mendapati sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu seorang wanita berusia 26 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah.

Jelasnya, apabila sampai di tempat kejadian dan sedang membelok masuk ke simpang Taman Sri Terachi, mangsa yang datang dari arah Kuala Pilah tidak sempat mengelak terus melanggar kereta tersebut.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Kemudian, kereta Perodua Axia itu terus menggelungsur ke hadapan dan melanggar sebuah kereta Proton Saga yang sedang berhenti di laluan keluar simpang tersebut.

Akibat kemalangan, penunggang motosikal mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kedua-dua buah kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply