ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pegawai farmasi alami detik cemas Vios dipandunya dihempap pokok tumbang

Berita Tempatan

Views

Seorang pegawai farmasi Hospital Port Dickson menghadapi detik cemas apabila kereta dipandunya dihempap pokok besar yang tumbang di hadapan Hotel Corus Paradise di Port Dickson, malam tadi.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata dalam kejadian pada jam 10.17 malam di Kilometer 3.6, Jalan Pantai, wanita berusia 30-an itu yang memandu Toyota Vios tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan awal mendapati wanita itu dari Hospital Port Dickson menghala ke bandar Port Dickson apabila sebatang pokok besar tiba-tiba tumbang menghempap kenderaan dipandunya.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Katanya, ketika kejadian berkenaan, hujan lebat dan tiupan angin yang sangat kuat. Beliau berharap semua pengguna jalan raya berhati-hati semasa memandu memandangkan sekarang adalah musim peralihan monsun yang menyebabkan hujan lebat dan angin kencang.

Tambahnya, orang ramai perlu peka dan prihatin dengan laporan Jabatan Meteorologi mengenai ramalan angin kuat dan hujan lebat atau hebahan maklumat melalui media sosial berkaitan keadaan cuaca terutama di daerah tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply