ARKIB

KATEGORI

Buletin

Syarikat tempatan dinamakan sebagai syarikat teknologi dron terbaik Asia Tenggara

Berita Tempatan

Views

Ini berita yang pasti membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia berasa bangga. Syarikat tempatan, Pulsar UAV yang berpangkalan di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan telah dinamakan sebagai syarikat teknologi dron terbaik Asia Tenggara, Global Bussiness Award 2021.

Anugerah tersebut telah dianjurkan oleh Corporate Vision. Menurut Corporate Vision, anugerah ini adalah simbolik kepada kerja keras, dedikasi dan usaha institusi dari seluruh pelusuk dunia di sepanjang tempoh mencabar ketika pandemik global.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Berita gembira ini telah disampaikan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pulsar UAV, Izmirov Yaminovich menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih buat jawatankuasa penganjur anugerah tersebut dan juga kepada ahli keluarga dan rakan-rakan kerana terus memberikan sokongan buatnya.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Dalam artikel terdahulu, kami ada berkongsi kisah mengenai Pulsar UAV yang telah berjaya menghasilkan dron dengan teknologi nano rekaan dan buatan Malaysia yang sedang memasuki fasa pengeluaran.

Dron model ReGiD Mk3 (Report Generating Drone) ini dikatakan mampu melakukan beberapa tugasan seperti pemetaan, pengawasan, membawa muatan dan juga sebagai platform pelancaran roket. Syabas kami ucapkan kepada Pulsar UAV!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Izmirov Yaminovich

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply