Pelajar kolej berusia 25 tahun dari Management and Science University (MSU), Ahmad Irfan Ismail dipilih sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah di karnival MYPerodua Nation yang telah berlangsung di Shah Alam pada 20 hingga 22 Januari 2017. Beliau berjaya membawa pulang sebuah Perodua Axia 1.0L varian Advance baharu dan menerima kereta tersebut yang diserahkan oleh Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr. Zahari Husin.
Lebih 20,000 orang menyertai karnival MYPerodua Nation di mana pengunjung menikmati pelbagai tawaran hebat yang menjimatkan selain pelbagai aktiviti menarik seperti pemainan dalaman, konsert secara langsung, pawagam luar dan banyak lagi. Perodua juga mengumumkan karnival kedua mereka bakal diadakan pada suku ketiga tahun ini yang mungkin berlangsung di luar lembah Klang dan butiran mengenainya bakal dibuat beberapa bulan lagi.
Pada acara yang sama juga, ahli 5 UFirst turut menerima hadiah cabutan bertuah mereka dan ini merupakan kumpulan terakhir daripada 15 pemenang dari Cabutan Bertuah Ulangtahun UFirst yang diadakan pada hujung 2016. Para pemenang boleh memilih hadiah mereka seperti kelengkapan rumah dan elektrik, telefon pintar dan baucar percutian atau servis yang bernilai RM2,600.
UFirst merupakan program kesetiaan pelanggan Perodua yang berdasarkan aplikasi mudah alih yang menyasarkan untuk memberi kemudahan dan penjimatan kepada ahlinya. Keahlian UFirst adalah percuma dan terbuka untuk mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja tanpa mengira status pemilikan kereta. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang www.ufirst.com.my atau memuat turun aplikasi mudah alih UFirst.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI