ARKIB

KATEGORI

Buletin

Siri kedua Hot Wheels NFT Garage mula dijual pada 31 Mac ini

Berita Global

Views

Sejak lebih lima dekad lalu, jenama Hot Wheels sememangnya dikenali dengan mainan die-cast dan trek yang senantiasa menjadi kegilaan dan rebutan para peminatnya.

Kini berikutan pandemik, matawang kripto telah mula mendapat tempat dan NFT atau non-fungible tokens antara yang kian popular.

NFT merupakan item bersiri yang wujud dalam dunia digital, yang kemudiannya boleh dijual oleh mata wang kripto.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Hot Wheels turut tidak ketinggalan dengan menceburi dunia mata wang kripto dengan NFT Garage menerusi Worldwide Asset eXchange (WAX).

Dengan Siri 1 habis dijual tahun lalu, kedua-dua syarikat itu kembali untuk siri kedua, bersama-sama dengan beberapa peningkatan.

Koleksi Hot Wheels NFT Garage Series 2 menampilkan 10 model kenderaan berlesen dalam Koleksi Mini yang berbeza.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Model kenderaan daripada GM, seperti 1991 GMC Syclone, 1971 Buick Riviera, 1967 Oldsmobile 442, 1955 Chevy Bel Air Gasser dan Corvette C8.R kini sedia untuk direbut.

Selain itu, ia turut menampilkan wakil dari Jepun iaitu Honda S2000 dan Honda Civic Type R bersama-sama dengan Acura NSX 1990 dan Acura Integra GSR Custom 2001.

Sama seperti Siri 1, siri kedua membolehkan pembeli mendapatkan mainan die-cast fizikal jika mereka merupakan pemilik empat kereta ini, iaitu Honda S2000, Corvette C8.R, Aristo Rat, dan 1955 Chevy Bel Air Gasser.

Penjualan Hot Wheels NFT Garage Series 2 akan bermula pada 31 Mac 2022. Setiap pek mengandungi tujuh koleksi NFT yang dijual pada harga $25 USD (RM105.36). Peminat boleh membeli sehingga empat pek bagi setiap transaksi kad kredit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply