ARKIB

KATEGORI

Tular

Pelanggaran punca ‘geng supercar’ sekat Ranger putih tengah lebuh raya

Tular

Views

Polis menyiasat insiden konvoi kereta mewah yang memberhentikan kenderaan mereka di tengah Lebuhraya Utara Selatan dekat Kulai, pada 18 Mac lalu.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian pada 6.30 petang di Kilometer 34 arah selatan berhampiran susur keluar Sedenak.

Katanya, siasatan awal mendapati insiden bermula apabila pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger cuba memotong konvoi Lamborghini sehingga melanggar salah sebuah daripada kereta itu yang dipandu lelaki 45 tahun.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Pemandu (Ford Ranger) wanita berusia 28 tahun dipercayai cuba memotong konvoi secara zig-zag sehingga berlanggar dengan sebuah Lamborghini ketika memasuki lorong kiri.

Pelanggaran itu menyebabkan kumpulan konvoi terbabit tidak berpuas hati dan berhenti di tengah lebuh raya, malah berlaku perselisihan faham dengan pemandu Ford Ranger.

Tok berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh) dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Mengenai dakwaan pemandu wanita itu mabuk, katanya, pihaknya masih menyiasat perkara itu.

Terdahulu, video berdurasi satu minit 14 saat tular di media sosial menunjukkan beberapa kenderaan mewah berhenti di tengah lebuh raya dan menghalang laluan kenderaan lain.

Turut kelihatan beberapa pemandu keluar daripada kenderaan dan berlaku perselisihan faham.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply