ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis buru pemandu Hilux putih pembuli, ‘sengaja himpit’ kereta lain

Tular

Views

Polis sedang mengesan pemandu Toyota Hilux yang didapati memandu secara berbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis mengesan satu video berdurasi satu minit 35 saat yang dimuat naik seorang pelayar Facebook semalam.

Katanya, video itu memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melakukan buli jalan raya dengan cuba menghimpit sebuah kereta lain sehingga hampir berlaku kemalangan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kelmarin (Jumaat) pada 2.49 petang di Kilometer 138.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

Insiden menunjukkan pacuan empat roda terbabit dengan nombor pendaftaran PMX3338 menghimpit sebuah kenderaan nombor pendaftaran tidak pasti yang hampir menyebabkan berlakunya kemalangan.

Disebabkan kejadian itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Shafee berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengesan pemandu pacuan empat roda terbabit dan pemandu kenderaan yang dihimpit dalam kejadian itu untuk siasatan lanjut.

Polis memohon pengguna lebuh raya yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan.

Maklumat berkenaan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Firdaus Abdul Ghani di talian 014-3955400 atau 04-5382222.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply