ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peluang ‘naik trem percuma’ di Putrajaya sehingga 4 Februari

Berita Tempatan

Views

Orang ramai berpeluang menaiki Transit Aliran Automatik (ART) atau trem tanpa landasan secara percuma sempena Hari Terbuka Putrajaya 2024 bermula 1 hingga 4 Februari ini.

Menerusi hantaran TikTok @Perbadanan Putrajaya, pengunjung yang ingin merasai pengalaman menaiki kenderaan tersebut boleh menaiki trem bermula di Dataran Putrajaya Presint 3 iaitu berhampiran hentian bas Istana Kehakiman.

Perkhidmatan tersebut bermula pada jam 8 pagi sehingga 10 malam dan pengguna digalakkan untuk berada 30 minit lebih awal di lokasi menunggu serta menurunkan penumpang.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Hantaran tersebut turut mendapat reaksi dalam kalangan warganet yang teruja untuk menaiki kenderaan itu.

Pengguna media sosial, @Mzainal berkata, jika perkhidmatan itu diperluaskan di beberapa negeri, ia akan menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.

“Melaka, Kuala Terengganu, Langkawi dan Ipoh perlu ada kenderaan begini untuk menarik lebih ramai pelancong menggunakan pengangkutan awam,” katanya pada Khamis.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurut pemilik akaun @Niq, kenderaan tersebut berpotensi membantu penduduk Putrajaya untuk bergerak ke setiap destinasi dalam kawasan tersebut dan tidak terhad di beberapa kawasan sahaja.

“Andai kata ART ini digunakan sepenuhnya sebagai kenderaan awam di Putrajaya diharapkan boleh melalui semua kawasan terutama Dataran Putrajaya sehingga ke Dataran Gemilang,” tulisnya.

Dalam pada itu, pengguna bernama @Mozzel berkata, kenderaan tersebut tidak mampu menampung kapasiti pengunjung yang ramai dan perlu berhimpit-himpit dengan orang ramai.

“Kabin terlalu kecil. Kalau pergi mesti ramai orang. Susah nak beratur nanti berhimpit-himpit macam bas mini,” katanya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Perbadanan Putrajaya

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply