ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak bermula suku kedua tahun ini – Wan Rosdy

Berita Tempatan

Views

Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk melaksanakan projek pelebaran jalan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang dijangka bermula pada suku kedua 2024, sebagai langkah jangka panjang bagi mengurangkan kesesakan di kawasan terbabit.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek yang bakal dijalankan oleh syarikat konsesi Anih Berhad itu melibatkan jajaran bermula dari Plaza Tol Gombak ke persimpangan Lingkaran Tengah Utama, Bentong.

Beliau berkata projek itu merangkumi pembinaan satu lagi terowong, penambahbaikan terhadap bahu jalan selain menyediakan lampu jalan di keseluruhan jajaran untuk keselamatan dan keselesaan pengguna.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Wan Rosdy berkata kerajaan negeri mengambil maklum mengenai kesesakan lalu lintas di Lebuhraya KLK terutamanya dari Plaza Tol Bentong ke Plaza Tol Gombak sepanjang 42 kilometer yang sering berlaku pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu.

“Untuk itu, saya telah memanggil Syarikat Anih Berhad dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk memberi taklimat serta membincangkan mengenai langkah-langkah penyelesaian kesesakan ini dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini (semalam).

“Bagi mengurangkan masalah ini, beberapa kaedah penyelesaian telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan merangkumi projek jangka masa panjang serta jangka pendek.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Diharap dengan pelaksanaan projek-projek ini, kesesakan lalu lintas di Lebuhraya KLK dapat ditangani dan dikurangkan,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai tindakan jangka pendek, Wan Rosdy berkata beberapa pendekatan telah dan akan dilaksanakan antaranya menjadualkan kerja pembaikan di luar waktu puncak dan melaksanakan pengasingan lorong Plaza Tol Gombak Arah Barat mengikut destinasi (Batu Caves/Ampang) bagi mengurangkan isu ‘weaving.

Selain itu, menyediakan dua lokasi ‘tidal flow‘ (KM55-59 arah timur dan KM60-56 arah barat), namun pelaksanaannya tertakluk kepada pecahan trafik di kedua-dua arah mencapai nisbah trafik 70-30 (barat-timur) bagi mengelakkan kesesakan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply