ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hanya dua lokasi SJR di daerah Petaling ditutup, yang lain kekal

Berita Tempatan

Views

Dua lokasi sekatan jalan raya (SJR) di daerah Petaling ditutup berkuat kuasa 12.01 tengah malam tadi susulan pengumuman kawasan Lembah Klang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dua SJR yang ditutup itu adalah Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kanagapuram yang terletak di bawah laluan Lebuhraya Pantai Baru (NPE).

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Menurutnya, bagaimanapun lokasi SJR yang sedia ada akan terus dikekalkan iaitu Plaza Tol Sungai Buloh, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol Damansara dan Plaza Tol Subang.

Katanya, Polis Daerah Petaling Jaya ingin menasihatkan orang ramai supaya terus sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PPN Fasa 2.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu leka dengan beberapa pengumuman kelonggaran yang diberi sehingga mengabaikan SOP dalam mengawal dan mencegah pandemik Covid-19 ini.

Beliau berkata, kerjasama erat daripada semua lapisan masyarakat amat diharapkan bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply