ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA tayang lakaran rasmi Carens 2022, kini dengan gaya SUV

Berita Global

Views

Setelah beberapa hari lalu mengacah menerusi video, kali ini KIA mula mempamerkan gambaran awal generasi keempat Carens (2022) menerusi beberapa lakaran rasmi, menjelang pengenalan sulungnya pada 16 Disember nanti.

Jika anda masih ingat, Carens pada asalnya adalah sebuah model vanmini/MPV yang telah berada di pasaran sekitar tahun 2012 dan 2018. Model ini pernah dijual ke pasaran Malaysia menggunakan lencana Naza dengan nama Citra/Rondo.

Menerusi lakaran yang dipaparkan, kini, Carens 2022 telah berubah menjadi model dengan gaya SUV. Lega tanahnya juga lebih tinggi dengan menerapkan penggayaan sebuah jentera kembara dan ia turut disuntik dengan bahasa reka bentuk terbaharu KIA, dikenali sebagai “Opposites United“.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Keunikan pada reka bentuk Carens 2022 bentuk adalah lampu siang (DRL) dengan gaya moden manakala di bawahnya terletak lampu utama berkemungkinan dari jenis LED. Selain itu, kemasan gaya-aluminum yang melingkari liang kemasukan udara pada bawah bampar juga merupakan identiti baharu model ini.

Tiang-Anya kini telah diberi kemasan hitam dan ia dipadankan pula dengan lapik lengkung tayar yang turut menggunakan warna yang sama. Satu lagi ciri unik pada reka bentuk Carens 2022 adalah jejalur plastik melintang yang memberikan gaya bumbung terapung pada tiang-Cnya.

Kelihatan jarak antara gandarnya agak panjang dan mungkin ia memberi ruang kepada tempat duduk tambahan. Rekaan belakangnya pula lebih konvensional dengan menampilkan rekaan lampu jenis LED yang bersambung di antara satu sama lain.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Kemasan pada bampar belakangnya pula persis bampar Toyota Rush dengan kemasan ala misai “Wak Doyok“. Rekaan kabinnya juga diperlihatkan, meskipun masih samar-samar. Stereng dan beberapa tempat pada papan pemuka kelihatan sama dengan Seltos.

Ini kerana, ada desas-desus mengatakan kedua-dua model tersebut berkongsi pelantar yang sama. Walaubagaimanapun, Carens akan mempunyai rekaan papan pemuka yang lebih futuristik dengan paparan sesentuh bersaiz 10.25-inci untuk unit infohiburnya.

Menurut Ketua Pusat Reka Bentuk KIA, Karim Habib, model ini adalah refleksi sebenar tentang apa yang pelanggan hari ini inginkan daripada kenderaan tiga-barisan tempat duduk. Lebih banyak maklumat mengenai Carens 2022 akan diumumkan dalam masa terdekat dan ia akan membuat penampilan sulung pada 16 Disember di Gurugram, India.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply