ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu Myvi kelabu lawan arus sedang diburu polis

Tular

Views

Pemandu Perodua Myvi kelabu yang sedang diburu polis kerana memandu melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) yang tular di media sosial hari ini telah terlibat dalam satu kemalangan. MalaysiaGazette melaporkan, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta lain yang cuba mengelaknya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan awal mendapati kenderaan dari arah Wangsa Maju menghala ke arah Putrajaya dipandu secara melawan arus.

Jelasnya, tindakan pemandu yang memandu secara melawan arus mengakibatkan kemalangan kepada sebuah kereta Proton Wira yang sedang memandu di laluan yang sama dan cuba mengelak kenderaan terbabit.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Beliau juga mengesahkan bahawa pemandu yang cuba mengelak lalu menghadapi kemalangan dilanggar kereta Myvi suspek lawan arus itu telah membuat laporan polis tentang kejadian itu.

Rentetan insiden itu, polis memohon kerjasama pemilik akaun Twitter Fareez Azman (@FareezAzmann) yang memuat naik video itu dan orang ramai yang telah melihat kejadian tampil ke Balai JSPT Kuala Lumpur bagi membantu polis bagi mengesan dan menjejaki pemandu Myvi berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Terdahulu Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A. Anbalagan dalam kenyataan lewat petang hari ini menyatakan polis sedang mengesan pemandu Myvi berkenaan berikutan tindakan berbahaya yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya MEX.

Pihaknya telah menerima laporan oleh anggota Kaunter Pertanyaan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang pukul 1.16 tengah hari selepas mengesan rakaman video berkenaan.

Hasil semakan pada kamera litar tertutup di Plaza Tol Mex Seri Kembangan juga mendapati pemandu terbabit membawa Myvi melawan arus bermula dari kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seri Kembangan.

Tambah Anbalagan, siasatan lanjut masih sedang dijalankan polis dan kita sedang mengesan pemandu terbabit untuk tindakan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply