ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Perodua Alza cedera tertusuk batang besi terjatuh dari lori ‘roro’

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki cedera pada lengan dan rusuk kiri akibat tertusuk batang besi dipercayai terjatuh daripada sebuah lori di Jalan Pantai Sepat, di Kuantan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata akibat kejadian itu, mangsa, Jamaluddin Amin, 45 menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Katanya, berdasarkan laporan, batang besi sepanjang 0.75 meter itu terjatuh dan melayang sebelum menembusi cermin depan kereta yang dipandu mangsa, terkena lengan dan rusuk kiri pada jam 3.30 petang.

Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Alza dalam perjalanan dari arah Penor menghala ke arah Tanjung Lumpur.

Setibanya di tempat kejadian, sebatang besi dipercayai jatuh daripada sebuah lori dari arah bertentangan terkena cermin depan sebelum menembusi cermin depan kereta dan terkena lengan dan rusuk kiri mangsa.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Mangsa dibawa ke HTAA di sini untuk rawatan lanjut. Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana cuai hingga mendatangkan kecederaan terhadap orang awam.

Katanya, usaha mengesan pemandu serta lori terbabit masih dijalankan dan berdasarkan maklumat awal, lori terbabit dipercayai berwarna hijau.

Tambahnya, lori berkenaan jenis ‘roro’ yang membawa sisa bahan binaan tetapi nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan. Pihaknya juga mengesan saksi awam untuk membantu siasatan. – Buletin TV3

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Malaysia Viral

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply