Pengeluar kereta nasional Proton bersama anak syarikatnya PRO-NET telah berjaya merangkul dua anugerah berprestij pada majlis Anugerah Allianz DSF.my Vehicle Of The Year (VOTY) 2024 untuk model terbaharunya.
Pendahulu carta jualan sedan segmen C, Proton S70 Flagship X menerima pengiktirafan pertama apabila memenangi kategori Sedan of The Year, walaupun hanya berada di pasaran kurang daripada enam bulan.
Sementara itu, smart #1 BRABUS yang dilancarkan pada November 2023 dan diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh PRO-NET, berjaya menewaskan pesaing-pesaing terkuatnya untuk memenangi anugerah Electric Crossover of The Year.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Kedua-dua pemenang anugerah mewakili perubahan ketara dalam hala tuju Proton, dengan Proton S70 sebagai sedan serba baharu pertama yang dibangunkan bersama Geely.
Manakala smart #1 yang direka oleh Mercedes-Benz merupakan kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama yang diperkenalkan oleh syarikat dan merupakan perintis kepada lebih banyak lagi EV pada masa depan termasuk model pemasangan tempatan menggunakan lambang Proton.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar dan Ahli Lembaga Pengarah PRO-NET Roslan Abdullah, Proton S70 adalah sedan pertama yang dibangunkan bersama Geely selepas pengenalan tiga model SUV siri X dalam tempoh lima tahun.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Model ini memfokuskan pembeli yang mencari kereta keluarga dengan prestasi sporty, teknologi ketersambungan dan ciri-ciri yang komprehensif.
Tambah beliau, smart #1 adalah anjuran yang berbeza untuk Proton menerokai pasaran baharu. Ia telah memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada syarikat untuk melancarkan tawaran EV baharu dalam masa terdekat.
Daripada pengecasan, servis, perisian dan juga cara pihaknya berinteraksi dengan pelanggan, telah memboleh kami mengadaptasi operasi ke industry EV dengan pesat dan memberi Syarikat pengalaman yang tidak ternilai untuk melancarkan tawaran EV baharu dalam masa terdekat.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI