Pemandu pengsan dipercayai punca kereta Toyota Hilux masuk laluan bertentangan dalam kejadian di Taman Jenaris, Kajang, semalam.
Utusan Online melaporkan, kejadian pukul 6 petang itu berlaku apabila pemandu trak pikap itu dikatakan dalam perjalanan dari pasar raya di Prima Saujana menuju ke Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 39 tahun itu pitam ketika memandu akibat tidak makan dan terus panik selepas tersedar.
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
Akibatnya, pemandu tersebut termasuk laluan bertentangan sehingga merempuh sebuah kereta Perodua Alza dan terbabas di kanan jalan dan melanggar rumah kedai di lokasi kejadian.
Kedua-dua pemandu tidak cedera, namun kenderaan mereka mengalami kerosakan susulan kemalangan itu.
Tambahnya, hasil ujian alkohol mendapati pemandu Hilux tidak mabuk ketika memandu manakala ujian saringan air kencing didapati negatif dadah.
Tambah Mohd. Zaidi lagi, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
KOMEN TERKINI