ARKIB

KATEGORI

Tular

Gara-gara terlepas cakap, Pak Belang tiba-tiba muncul depan mata

Tular

Views

Sepasang suami isteri tidak menyangka seekor harimau secara tiba-tiba muncul di tepi jalan, setelah mereka berdua ‘terlepas cakap’ mengenainya.

Berita Harian melaporkan, Mohd Shahrum Salleh, 36 berkata, sebelum kejadian itu kira-kira 8 pagi tadi, dia dan isterinya, Nurhidayahlaily Su’alman, 32, melalui Jalan Jemaluang menuju ke Tenggaroh bagi melakukan perkhidmatan sanitasi.

Katanya, di kala itu hujan gerimis dan mereka berdua tergamam lalu dia terus memberhentikan kereta. Tambahnya, apabila dia cuba untuk meneruskan perjalanan, harimau itu bangun dan kemudiannya melintas.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Menurut Mohd Shahrum, mereka sangat gerun apabila melihat susuk tubuh harimau itu yang besar dengan badan yang melayut mencecah jalan.

Meskipun cemas, isterinya sempat juga merakam kelibat “Pak Belang” itu dan selepas ia beredar mereka segera meninggalkan kawasan itu.

Ujarnya, dia kerap menggunakan laluan itu untuk bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 lalu dan itu adalah kali pertama mereka mengalami pengalaman itu seumur hidup.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Kebiasaannya mereka suka memberi monyet liar makan roti atau pisang di tepi Jalan Jemaluang itu dan kerap juga terlihat kelibat gajah di kawasan tersebut.

Tambahnya lagi, sejak empat hari lalu monyet-monyet di kawasan tepi jalan itu langsung tidak kelihatan dan ia mungkin berpunca daripada kehadiran harimau di kawasan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Aminudin Jamin, ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu.

Pada 20 Oktober lalu, akhbar ini melaporkan mengenai rakaman video harimau belang (Panthera Tigris) yang didakwa ditemui beberapa individu ketika menaiki pacuan empat roda di Hutan Simpan Lenggor, Kluang, Johor.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply