ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Toyota Innova hitam jadi punca kemalangan maut diburu polis

Berita Tempatan

Views

Polis sedang giat mengesan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova berwarna hitam bagi membantu siasatan kes kemalangan maut melibatkan penghantar makanan di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Air Hitam di Dungun semalam.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Menurut Utusan Online, Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kerjasama individu berkenaan amat diperlukan sebagai saksi nahas tersebut.

Ujar beliau, MPV itu dikenal pasti berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian dan pihaknya meminta kerjasama pemandunya untuk tampil memberikan keterangan sebagai saksi kemalangan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Tambahnya, selain itu, orang ramai yang melihat kejadian itu boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari semalam, Mohamad Haszaniza Sulong@ Zakaria, 27, maut selepas Perodua Myvi dipandunya bertembung dengan sebuah Mercedes Benz, gara-gara mengelak MPV yang memasuki laluannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Din Pake

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply